Khairy tunjuk belang: Bila semua gagal, seks dan seks lagi

Oleh Douglas Tan

Dalam kurang daripada 140 abjad, Khairy Jamaluddin mungkin telah menghancurkan peluangnya dan UMNO untuk meraih sokongan golongan atas pagar dan sederhana Malaysia kepada Barisan Nasional di Pilihanraya Umum akan datang.

Beliau telah melakukan dosa besar politik dengan mencemuh bukan lawan politiknya, tetapi anaknya. Cuma budak sekolah, apa yang telah dilakukan oleh Lim Junior untuk menerima fitnah seperti itu? Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang mempunyai semua hak untuk menjadi marah di atas perbuatan keji ini.


Adalah satu hal apabila blogger-blogger pro-UMNO menyebarkan pembohongan dan fitnah di Internet. Ianya uma tersebar ke penonton terhad. Ahli politik memang dijangka menghadapi ritikan setiap hari. Malahan boleh dikatakan kritikan akan membuatkan seseorang itu lebih kuat.

Tetapi, untuk memberi pukulan kepada budak berumur 16 tahun, ini bukanlah lagi perlawanan yang adil. Tiada siapa yang dapat bertoleransi dengan serangan ke atas anak seseorang, samada di pihak kerajaan atau pembangkang. Apabila seorang ahli pembangkang menghentam anak seorang ahli parti pemerintah, di mana anak itu tidak berdaya untuk mempertahankan dirinya sendiri, ianya haruslah dikutuk. Sama juga dengan keadaan sebaliknya.

Sederhana benar atau tipu

Sekarang ini, Khairy Jamaludin berada dalam keadaan merbahaya. Sebagai Ketua Pemuda UMNO, beliau telah menunjukkan imej sederhana dan pembawa perubahan di dalam parti yang telah kehilangan nilai-nilai mereka dalam usaha mengekalkan kuasa.

Beliau seorang yang muda, berpendidikan tinggi dan boleh bertutur dengan baik, mewakili generasi baru dunia politik di negara ini. Kita juga tahu beliau seorang ayah yang kasih kepada dua anaknya. Bayangkan sekiranya salah satu daripada anak lelakinya berada di posisi Lim Junior. Tidakkah dia akan marah? Kita akan terkejut sekiranya tidak.

Tetapi kenapa pula beliau bertindak menambah minyak pada api dengan dua tweet, pertama pada hari semalam di mana beliau merespon tweet daripada seorang blogger pro-UMNO “@PapaGomo” yang berbunyi “Mungkin dia hancurkan Kampun Buah Pala untuk diganti dengan Kampung Buah Dada”, yang boleh dilihat sebagai serangan ke atas Lim Junior.

Pilih lawan sama saiz

Di sebalik penjelasan bahawa budak perempuan itu bukan dari kelas yang sama dengan Lim Junior pun, Khairy tidak berlembut. Dalam responnya apabila diminta untuk meminta maaf, beliau membela komentar dengan men-tweet “Bro, apa yang pemimpin BN & keluarga mereka terima daripada pembangkang lebih teruk lagi. Jangan jadi hipokrit” menjawab kepada Liew Chin Tong dan Satees Muniady. Saya menjawab, melalui @douglast86 “kerana pemimpin BN sedih di atas serangan lalu mereka boleh menjustifikasi serangan ke atas anak LGE?”

Secara peribadi, saya takut impak daripada kedua-dua pihak menuduh masing-masing bermain politik kotor, anak-anak akan dibabitkan bersama. Ini adalah sangat jijik, dengan setiap ibu bapa menghentam perbuatan seperti ini, tidak kira hubungan politik mereka.

Adakah kita nampak Khairy yang sebenar? Bagaimana dengan pembawa perubahan dan cahaya masa depan UMNO? Bolehkah Khairy yang sebenar berdiri?

Sekarang beliau menghadapi kesukaran untuk membaik pulih imej partinya. Mohon maaf harus dipinta, tetapi beliau harus berusaha lebih lagi untuk memadam peristiwa ini daripada memori rakyat. Semoga Tuhan memaafkannya di atas provokasi dan serangan terhadap anak yang tidak bersalah. Di masa hadapan, ingat peraturannya dan pilih lawan sama saiz.

- Douglas Tan adalah seorang pembaca Malaysia Chronicle

No comments

Powered by Blogger.