Antara Janji Kaki 'Kencing' Najib Kepada Rakyat Kelantan?
Najib serah RM3 juta untuk bina masjid baru
Wartawan Sinar Harian
GUA MUSANG - Pembinaan Masjid Razaleigh yang baru di bandar ini, menjadi kenyataan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menyerahkan peruntukan berjumlah RM3 juta bagi tujuan itu, petang semalam.
Penyerahan kepada Imam Tua, Mat Razali Mat Yunus disaksikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang memohon peruntukan itu lebih awal.
Hadir sama Menteri Penerangan, Komuniti dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama, Dr Rais Yatim, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.
Sebelum itu, Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat bersama rakyat tempatan sebaik selesai merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Negeri Kelantan di Padang Awam Pusat Sivik Gua Musang.
Ketika berucap selepas solat Jumaat itu, Mohd Najib mahu rakyat mengambil ingatan terhadap khutbah yang dibacakan iman masjid itu dengan menyeru berbuat baik dan jauh amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam. “Khutbah itu amat baik untuk kita sama-sama menghayati dan renung apa yang tuntut agama Islam demi bagi kesejahteraan hidup sepanjang masa serta ikhlas beribadat kepada ALLAH SWT,” katanya.
Beliau turut bangga dengan keharmonian hidup rakyat boleh menunaikan solat Jumaat dengan tenang dan tidak lama lagi akan dapat pula bangunan masjid baru dua tingkat.
PM janji bawa pembangunan
ALAUDIN MA
GUA MUSANG - Kerajaan tetap akan menunaikan hasrat rakyat Kelantan untuk menikmati kemajuan dan pembangunan lebih pesat menerusi konsep `Janji Ditepati’ jika Barisan Nasional (BN) dapat berkuasa semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata, Kerajaan Pusat sentiasa mendengar rintihan rakyat negeri itu untuk menikmati kemajuan khususnya pembinaan menaik taraf Jalan Kota Bharu ke Bentong melalui Gua Musang. “Kita boleh tunaikan permintaan rakyat yang mahukan jalan raya lebih besar, tetapi tunggu dulu sehingga kita menang dan berjaya merampas semula pemerintahan Kerajaan Negeri pada PRU13 nanti.
“Segala-galanya kita boleh laksanakan dan kita rasa yakin dengan sambutan sebegini ramai akan mampu kita membuat perubahan ke arah kemenangan itu,” katanya ketika berucap pada pelancaran Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Negeri Kelantan di Padang Awam Pusat Gua Musang, di sini pagi semalam.
Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.
Najib mahu rakyat Kelantan mengubahkan pendirian mereka untuk beralih menerusi kempen `trai test dulu sepenggal’ bagi mengetahui dan merasai sendiri sejauh mana kemampuan kerajaan BN dapat melaksanakan kemajuan nanti.
Beliau berkata, jika BN menang bukan setakat jalan raya dan pembangunan lain, air yang keruh di Kelantan itu juga beralih menjadi baik dan dapat digunakan dengan sempurna seluruh rakyat. “Saya amat yakin dan percaya gabungan kesepakatan beberapa pemimpin di Kelantan termasuk Tengku Razaleigh, Mustapa dan Dr Awang Adek akan mampu mengubah pentadbiran Kerajaan Negeri kepada BN,” katanya.
Perdana Menteri berkata, keadaan itu terserahkanlah kepada pemimpin dan rakyat Kelantan untuk menentukan kemajuan masa depan, malah bagi Kerajaan Pusat tidak ada halang jika ada perubahan yang diharapkan itu.
“Ambo (saya) cukup kenal dengan rakyat Kelantan dan tahu selok-beloknya serta riaknya boleh membantu ke arah mencapai kemenangan BN apabila sampai PRU13 nanti,” katanya.
Perasmian Karnival K1M tarik lebih 30,000 pengunjung
Wartawan Sinar Harian
GUA MUSANG - Seperti yang dijangkakan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia saat yang paling gembira apabila kehadiran lebih 30,000 penduduk untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pagi semalam.
Penduduk tempatan yang keluar beramai-ramai bagi melihat secara lebih dekat Perdana Menteri untuk merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Negeri Kelantan, di Padang Awam Pusat Sivik, di sini.
Walaupun terpaksa berpanas kerana tiga dewan utama dalam khemah penuh sesak, namun penduduk terus berasak-asak bagi mendekati ke kawasan perasmian itu bagi melihat wajah ceria Perdana Mentari yang pertama kali melawat Gua Musang.
Malah, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah turut ceria apabila dapat berucap dengan penuh bersemangat sebagai tanda terima kasih di atas kedatangan Perdana Menteri.
Penduduk dari keseluruhan kampung pedalaman datang sejak awal pagi lagi untuk tidak ketinggalan menemui Perdana Menteri dan menyaksikan pelbagai persembahan sempena pelancaran karnival K1M.
Selain bersama Perdana Menteri, pengunjung yang hadir juga dapat menemui ramai artis tanah air hingga tidak putus-putus mereka mengambil gambar untuk kenangan sepanjang masa.
Gerai-gerai pameran juga penuh sesak dengan orang ramai untuk mengambil kesempatan melihat segala keperluan yang pamerkan membabitkan pelbagai jabatan, agensi kerajaan dan swasta.

No comments
Post a Comment