Media diarah jangan lapor keganasan polis?

Hafiz Yatim

Adakah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan arahan kepada pengarang media sehari sebelum BERSIH 3.0 bahawa mereka tidak harus melaporkan kejadian melibatkan keganasan polis?

Naib presiden PKR N Surendran yang membangkitkan persoalan itu mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa arahan seperti itu ada dikeluarkan.

"Sekiranya ini benar, ini akan menjejaskan kebebasan media dan mempersoalkan niat kerajaan untuk menambahbaik Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984," kata Surendran.

Menjelang Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Jumaat ini, kerajaan menerima kritikan pelbagai pihak atas tindakan ganas polis dan juga intimidasi ke atas wartawan yang membuat liputan ke atas perhimpunan BERSIH 3.0.

Surendran mendakwa mempunyai bukti bahawa arahan untuk menggangu, menghalang dan menahan wartawan yang membuat liputan itu dikeluarkan di peringkat tertinggi Kementerian Dalam Negeri.

"Sehari sebelum BERSIH 3.0, Hishammuddin mengarahkan semua ketua pengarang akhbar harian supaya mengadap beliau.

"Dia situ, kita difahamkan, pengarang diberi arahan bagaimana untuk melaporkan berita perhimpunan BERSIH dan juga untuk mengelak daripada melaporkan keganasan polis.

No comments

Powered by Blogger.