Panas! Perang Twitter Azwan Ali Yang Berang Umie Hafilda Menyeret Ibunya Dalam Buletin Utama
Semakin hari semakin hangat bahang media massa sekarang bukan? Kami sahaja yang rasa begitu ataupun anda juga merasakan perkara yang sama seperti kami? Namun apa yang menarik perhatian kami hari ini ialah isu yang disiarkan oleh Buletin Utama pada malam ini mengenai ibu kepada Umie Hafilda, Azmin Ali dan juga Azwan Ali.
Niat kami menyiarkan berita ini bukanlah untuk melagakan mana-mana pihak, namun apa yang berlaku, bagi kami agak melampau juga, apabila Azwan Ali ‘berperang’ di laman Twitter nya kerana berang dengan tindakan Umie Hafilda yang menyeret ibunya dalam isu skandal seks Azmin Ali.
Walaupun Azwan Ali seringkali ‘meroyan’ dalam laman twitter miliknya, kali ini ia berbeza sedikit apabila beliau melenting isu ibunya dimasukkan serta memalukan nama baik ibunya dan keluarga Haji Ali. Ikuti screen shot yang kami perolehi daripada twitter Azwan Ali.
Setahu kami, isu antara Azwan Ali dan Umie Hafilda ini pernah hangat sebentar sebelum Azwan Ali bertindak memohon maaf secara terbuka apabila kes mengugut Umie Hafilda kecoh pada tahun lepas. Tapi kini, isu lain pula yang timbul.
Kali ini, Azwan Ali nampak sangat marah dengan berita yang dikeluarkan oleh pihak Buletin Utama TV3 yang bersiaran pada pukul 8 malam tadi kerana menyeret ibunya yang digelar sebagai Mak Tom. Turut sama di dalam berita tadi ialah Umie Hafilda.
Umie Hafilda nampak bersungguh untuk membuktikan bahawa abang mereka, Azmin Ali benar-benar terlibat dalam skandal seks yang dicanang oleh media sekarang bukan? Kenapa ya?
Kami di MEOW, tolak sepenuhnya pergaduhan dan politik kotor yang mampu memburukkan nama sesiapa. *Geleng kepala dan istigfar panjang sahajalah dengan apa yang jadi di Malaysia sekarang ini.
MEOW
No comments
Post a Comment