Percaturan taktikal Bojan menjadi

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.44888.1336010009!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
Wartawan Sinar Harian


PERCATURAN Bojan Hodak mengubah strategi pada babak kedua menentang Kedah kelmarin menuaikan hasil, sekali gus memastikan Kelantan mara ke final Piala FA musim ini.
Hampir ditunjukkan jalan keluar pada kempen kali ini, gol penya­maan Obinna Nwaneri dan Mahmoud Ghadar menceriakan pengendali asal Croatia itu yang mara dengan kelebihan jaringan tempat lawan.

“Pemain lebih banyak beraksi secara individu pada babak pertama. Kita ketinggalan dua gol, tetapi semangat pemain tidak pernah luntur terutamanya jaringan Nwaneri pencetus kebangkitan The Red Warriors.

“Saya puas hati aksi keseluruhan pemain walaupun kita terlibat jadual perlawanan padat. Kita bermain dalam AFC sebelum itu dan Jumaat ini pula beraksi dalam saingan liga.

“Apa lagi boleh saya katakan. Kita terlibat banyak perlawanan pada 4, 8, 12 dan 15 (Mei) sebelum final 19 Mei ini,” katanya.

Bojan juga akui bermain di Darul Aman tidak semudah diharapkan termasuk stadium telah penuh beberapa jam sebelum permainan sebenar.

“Keputusan seri 2-2 sudah memadai membawa Kelantan melangkah ke peringkat akhir 19 Mei depan,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.