Burger percuma rai kepulangan Mat Tere



MAT TERE (dua dari kiri) bersama sebahagian pengunjung yang membanjiri restoran KB Burger Bakar di Kota Bharu, hari ini. - UTUSAN ONLINE
ZAAIN ZIN

14 Februari 2017 7:13 PM

KOTA BHARU 14 Feb. - Bagi meraikan Mat Tere atau nama sebenarnya Muhammad Zul Apiz Baharum yang dibebaskan semalam, sebuah restoran, KB Burger Bakar mengagihkan burger percuma kepada orang ramai hari ini.

Pengagihan burger percuma itu berlangsung selama dua jam bermula pukul 6 petang sehingga 8 malam dan berjaya menarik ratusan pengunjung yang berbaris sejak pukul 5.30 petang.

Pemilik KB Burger Bakar, Adni Hazimee Adnan, 27, berkata, selain meraikan kepulangan Mat Tere, pemberian burger percuma merupakan usaha pihaknya menghargai pelanggan setia.

Katanya, hebahan mengenai burger percuma itu dibuat menerusi laman sosial Facebook dan sambutan diterima amat menggalakkan.

"Program pada hari ini sebenarnya dirancang secara spontan dan kami memperuntukkan kira-kira RM13,000 untuk menjayakan program ini.

"Walaupun percuma, kami tetap menjaga kualiti apabila daging lembu dan ayam masih dikekalkan pada saiz sama iaitu 180 gram setiap satu," katanya ketika ditemui di pekarangan restoran itu di sini petang ini. - UTUSAN ONLINE

No comments

Powered by Blogger.