Indonesia ‘ajar’ kezaliman Netanyahu
INDONESIA mahu Israel segera memerdekakan Palestin jika mahu kedua-dua pihak menjalinkan hubungan diplomatik. AFP
SYDNEY 23 Feb. - Gara-gara dilarang memasuki ruang udara Indonesia, sebuah pesawat yang membawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terpaksa dilencongkan mengikut laluan yang lebih jauh daripada kebiasaan.
The Guardian melaporkan, insiden itu berlaku ketika Netanyahu dan delegasinya dalam penerbangan dari Singapura ke Sydney, Australia untuk menghadiri
program lawatan kerja buat kali pertama di negara kanggaru itu beberapa hari lalu.
Disebabkan pertukaran laluan itu, penerbangan Netanyahu dengan pesawat El Al yang sepatutnya memakan masa sekitar lapan jam setengah bertukar menjadi lebih daripada 11 jam.
Perkara itu kemudian disahkan oleh salah seorang anggota delegasi Netanyahu kepada akhbar tersebut.
Selain Indonesia yang memiliki penduduk beragama Islam paling ramai di dunia, kebanyakan negara Islam lain termasuk Pakistan dan Malaysia turut mengenakan sekatan terhadap Israel daripada memasuki ruang udara mereka.
Hampir semua negara itu juga dikatakan tidak memiliki sebarang hubungan diplomatik dengan Israel disebabkan penindasan yang dilakukan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.
Akhbar The Australian dalam laporannya memberitahu, pesawat yang ditempah khas itu terpaksa melalui Filipina dan merentasi Papua New Guinea yang bersempadan dengan Indonesia sebelum tiba di Sydney.
Akhbar sama mendakwa, penerbangan pesawat itu mungkin yang terakhir buat Netanyahu selepas Kabinet Israel meluluskan pembelian pesawat untuk kegunaan Perdana Menteri dan Presiden.
Washington Post pula menjelaskan, pesawat yang membawa Netanyahu dari Tel Aviv ke Singapura telah mengambil laluan yang luar biasa dan ditetapkan dengan mengelak ruang udara Arab Saudi serta negara lain.
Namun, wakil El Al tidak memaklumkan negara terlibat.
Dalam perkembangan berkaitan, akhbar Times of Israel memetik kenyataan Netanyahu sebagai berkata, Indonesia dan Israel sepatutnya menjalin kerjasama erat khususnya dalam memerangi keganasan.
“Saya juga memiliki beberapa rakan Facebook dari Indonesia,” kata Netanyahu.
Walau bagaimanapun, Indonesia dalam kenyataan balas pula mahu Israel segera ‘memerdekakan’ Palestin jika mahu menjalin hubungan diplomatik.
“Perkara paling penting yang perlu mereka (Israel) lakukan ialah memberikan kemerdekaan kepada rakyat Palestin,” kata Setiausaha Kabinet Indonesia, Pramono Anung.
Terdahulu, The Independent melaporkan, dalam sidang akhbar di Sydney, Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull mengkritik ‘resolusi berat sebelah’ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mahu pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin ditamatkan.
Beliau juga mengulangi sokongan Australia terhadap penyelesaian dua negara kepada konflik Israel-Palestin.
Sementara itu, kira-kira 650 penunjuk perasaan berhimpun secara aman di Town Hall dekat sini bagi membantah kunjungan Netanyahu ke Australia.

No comments
Post a Comment