Leicester pecat Ranieri



London: Claudio Ranieri dipecat sebagai pengurus Leicester City sembilan bulan selepas memimpin kelab itu ke kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Leicester dalam satu kenyataan berkata, lembaga pengarahnya dengan berat hati berpendapat penukaran pemimpin perlu demi kepentingan kelab itu.

“Statusnya sebagai pengurus paling berjaya di Leicester tidak dapat dinafikan.

“Bagaimanapun, keputusan tempatan dalam kempen semasa meletakkan status Liga Perdana kelab ini di bawah ancaman," katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Leicester, Aiyawatt Srivaddhanaprabha berkata, “kami bertanggungjawab mempertimbangkan kepentingan jangka panjang kelab ini terlebih dahulu sebelum sentimen peribadi.”

Ranieri mengambil alih Leicester pada Julai 2015 dan diundi Pengurus Terbaik FIFA, bulan lalu.

Leicester menjuarai Liga Perdana musim lalu tetapi kini terletak satu mata di atas zon penyingkiran selepas 25 perlawanan dan belum menjaringkan gol dalam enam perlawanan liga tahun ini.

Beliau tertekan dalam beberapa minggu ini dan turut dikatakan bertelagah dengan beberapa pemainnya.

Namun, Leicester masih beraksi dalam Liga Juara-Juara dan tewas 2-1 kepada Sevilla pada perlawanan pertama pusingan 16 terakhir, kelmarin.

Pembantu pengurus, Craig Shakespeare dan jurulatih pasukan utama, Mike Stowell akan mengambil alih buat sementara waktu.

No comments

Powered by Blogger.