Unit anjing polis dari komando Hamas : senjata dan strategi baru yang menggerunkan tentera Israel



Unit anjing polis dari komando Hamas : senjata dan strategi baru yang menggerunkan tentera Israel

Terbaru Hamas mempamerkan unit anjing polis mereka buat kali pertama bagi menghadapi tentera zionis.

Anjing seperti ini sudah biasa digunakan oleh tentera zionis bila mereka menggempur rumah penduduk Palestin bagi menghalau mereka atau menangkap mereka.

Sekarang Hamas pula mempunyai unit anjing terlatih buat kali pertama. Respon Israel ialah mereka sangat bimbang dengan perkembangan ini kerana jika anjing ini digunakan dalam peperangan akan datang ia akan memudahkan Hamas menculik tentera zionis dan menyerang mereka jika berlaku pertempuran jarak dekat.

Sebelum ini Hamas melalui terowong mereka berjaya menyerang musuh dengan muncul dari arah belakang mereka di dalam kawasan musuh dan dipercayai anjing terlatih ini akan dibawa dalam pertempuran akan datang untuk menyerang dan menculik tentera zionis.

No comments

Powered by Blogger.