UCAPAN PRESIDEN PAS KEPADA MISI KEMANUSIAAN FOOD FLOTILLA FOR (ARAKAN) MYANMAR



UCAPAN PRESIDEN PAS KEPADA MISI KEMANUSIAAN FOOD FLOTILLA FOR (ARAKAN) MYANMAR

Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh

وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَـٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا
(An-Nisa': 75)

Firman Allah:

"Apakah yang menghalang kamu sehingga kamu tidak keluar untuk berjuang pada jalan Allah (menegakkan agama kamu) padahal di sana ada orang-orang yang lemah ditindas di kalangan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang merayu kepada Allah. "Wahai tuhan kami selamatkan lah kami daripada negeri yang penduduknya berlaku zalim terhadap kami, wujudkanlah dari sisi-Mu pembantu dan penolong"."

Bersama dengan ayat ini, saya mengucap selamat kepada rombongan NGO dan lain-lain yang menyertai misi bantuan ke Myanmar, mudah-mudahan mereka dapat menyempurnakan perintah Allah yang terkandung di dalam ayat ini, mereka diberi fadhilat dan kelebihan oleh Allah SWT bukan sahaja selamat dalam perjalanan di laut bahkan mendarat, mendapat pahala dan berkat daripada Allah SWT.

Saya iringi dengan doa, iringi dengan dokongan yang sepenuhnya, mudah-mudahan langkah yang diambil ini dapat menggerakkan hati-hati umat Islam khususnya dan pejuang perikemanusiaan di seluruh dunia, supaya memberi perhatian kepada mereka yang tertindas di Myanmar. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu'alaykum, mudah-mudahan diselamat semua.

No comments

Powered by Blogger.