PAS MENYOKONG KETEGASAN PIHAK BERKUASA DAN KERAJAAN DALAM MENANGANI ISU PEMBUNUHAN INDIVIDU DARI KOREA UTARA



PAS MENYOKONG KETEGASAN PIHAK BERKUASA DAN KERAJAAN DALAM MENANGANI ISU PEMBUNUHAN INDIVIDU DARI KOREA UTARA


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin menyatakan sokongan di atas ketegasan pihak berkuasa negara kita terutamanya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam menangani isu pembunuhan individu dari Korea Utara pada 13 Februari 2017 lalu.

PAS juga senada bahawa siasatan kes jenayah berkenaan semestinya dilaksanakan dengan merujuk pada undang-undang dan tatacara yang ada dalam negara di mana kes pembunuhan itu berlaku. PAS melihat isu ini mempunyai sudutnya yang tersendiri apabila wujudnya cubaan campurtangan dari pihak Korea Utara menerusi perwakilan mereka di Malaysia yang boleh memburukkan lagi suasana hubungan diplomatik yang ada pada waktu ini, sebagaimana yang dilapurkan oleh media massa dalam dan luar negara. PAS secara konsisten memperjuangan kedaulatan Malaysia dari sebarang pencerobohan dan gangguan dari mana – mana pihak.

Isu geo-politik dan percaturan dalaman negara yang dikatakan terlibat adalah tidak wajar menjadi alasan mana-mana pihak dari Korea Utara untuk mengganggu siasatan yang sedang dijalankan secara bebas dan professional oleh pihak PDRM.


“Inilah Penyelesaian Kita”


ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
29 Jamadil Awal 1438H / 26 Februari 2017 M

No comments

Powered by Blogger.