Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berkenaan Artikel Bertajuk "Usul Hadi langgar syariah, kata bekas pakar Jakim"



Susulan berita bertajuk "Usul Hadi langgar syariah, kata bekas pakar Jakim" di Media Online 'Free Malaysia Today' atau FMT yang bertarikh 25 Februari 2017 oleh Abdar Rahman Koya, Jakim menegaskan bahawa individu yang bernama Nurul Haq Shahrir TIDAK pernah dilantik secara rasmi oleh Jakim untuk menjadi 'penyemak penerbitan Islam' dan beliau juga BUKAN sebagai 'penulis fatwa Jakim'.

Justeru, kenyataan dan pandangan atas nama beliau yang disiarkan oleh FMT pada 25 Februari 2017 adalah sama sekali tidak mewakili pandangan Jakim. Setiap kenyataan media yang mewakili pendirian dan dasar Jakim mestilah terlebih dahulu mendapat keizinan rasmi dari Pengurusan Tertinggi Jakim. Perbuatan mengaitkan nama Jakim dalam berita tersebut adalah amat
tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.

Jakim mengingatkan pihak 'Free Malaysia Today' atau FMT agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sekian

SEKSYEN KOMUNIKASI KORPORAT JAKIM
25 Februari 2017

No comments

Powered by Blogger.