MEMBETULKAN HIDUP UNTUK BETULKAN AKHIRAT



MEMBETULKAN HIDUP UNTUK BETULKAN AKHIRAT

Bila sudah jauh tersasar dari landasan akhirat, pasti kita kena kembali merujuk hidup yang kita jalani seharian. Sudah mengikut kehendak agama atau kita masih menempel menjadi makhluk yang tak tahu arah tuju?

Kita mungkin sudah dewasa, nak membetulkan diri mungkin makan masa. Anak-anak adalah harapan untuk kita perkemaskan kembali jiwa mereka menjadi mujahid agama. Jangan pula kita berlepas diri, sebai-baiknya berserah diri kembali semula mengikut fitrah agama.

Allah sudah memberi jaminan syurga kepada hambanya yang berserah diri dengan harta dan diri. Harta paling berharga bagi seorang suami pastinya anak dan isteri. Jadilah sebagaimana Nabi Ibrahim yang berjaya mendidik isteri dan keturunannya patuh dan taat kepada perintah Allah. Mampu menjadi pembawa risalah kebenaran, membetulkan ummat manusia.

Ambil pelajaran dari kisah nabi Nuh yang tidak dapat bawa bersama anak dan isteri kepada Allah, hanya kerana mereka tidak dapat melepaskan dunia dan tidak mahu membenarkan misi agama yang dibawanya.

Manusia tetap manusia, dari hari pertama penciptaan manusia hingga ke hari ini. Manusia mudah lupa, kerana fitrahnya manusia seorang pelupa.

Tambah pula bila diri dikuasai dengan nafsu yang menghambat akal dari logik agama demi memuaskan cita-cita membolot harga, kuasa dan wanita langsung membuang syariat ke belakang.

Dunia menjadi sembahan, untuk manusia yang buta, pekak dan tuli.

Semoga kita semua kekal di jalan yang lurus mengikut acuan Allah kerana setiap hari dan masa untuk kita jatuh ke dalam lurah neraka jahannam sangatlah mudah.

SHAUQI
Ihdinassirotol mustaqim.

#petunjuk #sembangsubuh #dosapahala #muhasabah

No comments

Powered by Blogger.