News Update :

Markas Tentera Udara nafi dakwaan pegawai TUDM didera

February 23, 2017

KUANTAN - Markas Tentera Udara hari ini menafikan dakwaan berlaku kejadian pengawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didera dan dibelasah di Kuantan yang tular di media sosial hari ini.

"Pihak TUDM telah mengambil maklum perkara ini. Pengurusan tertinggi TUDM tidak sama sekali membenarkan perkara seumpama ini berlaku dan akan melaksanakan siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebuah laman sosial telah menyiarkan aduan yang mendakwa pegawai TUDM di sini dibelasah dan didera serta berlaku salah guna kuasa dalam kalangan orang atasan berkaitan orientasi pegawai baharu.

Pengadu berkenaan mendakwa kejadian itu melibatkan pegawai graduan ijazah yang melapor diri ke unit masing-masing mengikut kepakaran dan kejadian itu difahamkan turut berlaku pada waktu makan dan solat.

Pengadu itu turut meletakkan nama dua pegawai yang didakwa tidak bertanggungjawab dan tidak amanah dalam melakukan tugasan mereka, serta menambah kejadian itu tidak diketahui oleh komander pangkalan berkenaan. - Bernama

Artikel berkaitan SEMASA

Share this Article on :

0 comments:

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.