16 September 2008 (13 Hari Lagi) Akan Hilangkah Hak Melayu dan Bumiputera?

"a
16 September 2008.

Saat yang dinantikan oleh Rakyat Malaysia.

13 hari lagi menjelang tarikh keramat ini, ada suara takut, dan suara yang menakut-nakutkan, khususnya, persoalan akan hilangkah hak dan kepentingan Melayu dan Bumiputera di Malaysia?



Sebelum kita tinjau persoalan tersebut, mari kita renungkan:

01. Hak dan kepentingan siapakah yang diperjuangan oleh Abdullah Ahmad Badawi dalam UMNO? Terjaminkah Melayu dan Bumiputera, selagi Abdullah Ahmad Badawi tidak meletak jawatan Perdana Menteri Malaysia?

02. Bagaimanakah perasaan pemimpin dan parti komponen dalam Barisan Nasional, yang mewakili masyarakat masing-masing? Terpingirkah mereka selagi Abdullah Ahmad Badawi tidak meletak jawatan Perdana Menteri Malaysia?

Mesej telahpun disampaikan dan sampai kepada Abdullah Ahmad Badawi. Namun, Abdullah Ahmad Badawi tidak sampai kepada sambutan dan tindakan sewajarnya.

Apa yang berlaku sejak PRU 12, Abdullah Ahmad Badawi, semacam menjamin UMNO dan Barisan Nasional, membina peluang untuk kalah lebih teruk dalam PRU 13.

Tuntutan kakitangan kerajaan, tuntutan gaji minima pekerja swasta, tuntutan supaya Melayu bersatu, tuntutan Islam kekal dimartabatkan, tuntutan parti politik dalam Barisan Nasional, tuntutan Sarawak dan Sabah, dan lain-lain tuntutan, adalah manifestasi, ramai orang dan banyak pihak, tidak merasai nikmat, sepertimana hak dan kepentingan mereka, tetapi telah tidak diperhatikan terdahulu oleh Abdullah Ahmad Badawi, selaku Perdana Menteri Malaysia.

Doa orang yang merasai dianiaya, dan mereka yang teraniaya, selagi Abdullah Ahmad Badawi tidak letak jawatan, dan ketiadaan pemimpin UMNO tampil ke hadapan, kecuali Tengku Razaleigh Hamzah yang menawarkan cabaran untuk memimpin, telah memunculkan Anwar Ibrahim ke persada politik tanahair.

Kelebihan dan kejayaan Anwar Ibrahim ditandai kepemimpinannya yang mampu menyatukan PAS dan DAP, dalam pakatan Rakyat, bersama Parti KeADILan Rakyat. Belum pernah ada pemimpin lain di Malaysia yang mampu berbuat demikian, setakat ini.

Untuk kejayaan 16 September 2008, Anwar Ibrahim melebarkan sayap Pakatan Rakyat untuk menerima Ahli Parlimen, pemimpin dan parti, yang terperangkap dalam Barisan Nasional, untuk kembali kepada perjuangan yang lebih manusiawi sejagat, terutama hak dan kepentingan Rakyat Malaysia.

Anwar Ibrahim dalam UMNO dulu, dan Anwar Ibrahim dalam Parti KeADILan Rakyat kini, adalah Anwar Ibrahim yang lebih matang, peka, dan prihatin.

Anwar Ibrahim tidak dapat lepas, melainkan dirinya ialah seorang Melayu. Ini, ketetapan Ilahi. Islam pilihannya. Anwar Ibrahim juga tidak dapat memadam sejarahnya dalam UMNO. Itu pengalamannya.

Namun, dasar asasnya, Parti KeADILan Rakyat, ialah sebuah parti politik yang berjuang membentuk sebuah masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa ataupun agama.

Lataran itu, hak dan kepentingan Melayu dan Bumiputera, tidak akan hilang, atau dihilangkan pada dan selepas 16 September 2008.

Bagaimana pula dengan Islam?

Akan tegakkah Islam selepas 16 September 2008..?

Anwar Ibrahim memilih Islam agamanya. PAS ialah parti Islam dan Muslim. DAP pula tidak memusuhi Islam.

Tidak dinafikan, Islam di Malaysia, masih mencari arah untuk kembali kepada ketetapan Allah. Yakni, Islam dan Muslim, yang Allah tetapkan dengan tepat.

Sejak merdeka, dan pembentukan Malaysia, kita telah menyaksikan Islam anjuran Ahli Sunnah Wal Jamaah, Islam anjuran ARQAM Ashaari Muhammad, Islam yang dikembangkan Jamaah Tabligh, Islam anjuran PAS, Islam Hadhari, dan tuduhan pihak musuh Islam terrorist.

16 September 2008, adalah titik mula, Islam sebenarnya, sebagaimana ketetapan Allah dilaksanakan, lantaran, semua pihak dapat menerimanya, dan sekiranya ada penentangan, tentulah Pakatan Rakyat dapat mendidik mereka.

Timbul pula, adakah jaminan agama lain, seperti Kristian, Hindu, agama Budha, dan lain-lain lagi, dapat diamal dengan bebas oleh masyarakat penganutnya di Malaysia.

Bagaimana pula isu murtad, dan perkahwinan bersilang agama dan ras. Ada pihak di luar UMNO dan Barisan Nasional telah pun mula ke arah itu, dan usaha sebaiknya bakal menyusul, melalui pentas komunikasi yang aman dan matang.

Jelaslah bahawa istimewanya 16 September 2008, adalah permulaan kepada perubahan, dan perubahan ini menjamin hak dan kepentingan semua terpelihara.

Melayu dan Bumiputera tidak perlu takut, dan tidak perlu takut bila ada yang menakut-nakutkan. Hak dan kepentingan semua dijamin dan terpelihara.


Jom! Kita Raikan Malaysia Baru!"

No comments

Powered by Blogger.