TGNA Menerajui Perubahan...

"a
Assalamu alaikum w.b.t

Ramai orang luar Kelantan tak faham apa yang terjadi di Kelantan. Tak kurang juga rakyat Kelantan sendiri (pro BN) yang pejamkan mata pekakkan telinga bisukan mulut bila berbicara tentang TGNA. Beliau dah banyak mengubah Kelantan dan Malaysia dalam pelbagai perkara... terutamanya politik. Itu hakikat yang kita semua perlu akui.

Kalau kita imbau masa lalu ketika mula memegang tampuk pemerintahan negeri, ramai suara-suara angkuh BN yang mengutuk serban TGNA. Kata mereka, pakaian pun tak melambangkan kemampuan TGNA. Tapi ramai kaum lain yang memuji TGNA yang diramal menjadi pemimpin yang hebat. Ramai yang kagum dengan personaliti TGNA, yang tak pernah dikenali oleh bangsa lain sebelumnya. Sekarang ini cuba tengok, kaum lain mula memberikan sokongan terhadap PAS. Tumbangnya BN dibanyak negeri adalah kerana perubahan sikap yang terarah kepada pas. Cuma ramai yang malu-malu dengan pas & memilih untuk menyokong PKR & DAP. TGNA telah berjaya mengubah minda rakyat Malaysia dalam berpolitik. Politik bukan keangkuhan, politik bukan kekayaan, dan bukan pendustaan...sebab itulah UMNO, Gerakan, MCA, PPP kalah! Rakyat muak dengan keangkuhan dan pendustaan BN. Politik yang berjaya adalah berasaskan kesederhanaan & kejujuran.

Pembangunan di Kelantan adalah cukup membanggakan berbanding dengan sesetengah negeri. Kelantan lengkap dengan pelbagai kemudahan asas, dan semakin banyak peluang perniagaan wujud di Kelantan. Rakyat hidup penuh harmoni & saling menghormati. Cina India Siam tak pernah merasa kekok dengan orang Kelantan. Mereka juga suka apa yang berlaku di Kelantan, dasar pemerintahan yang sama rata. TGNA adalah pemimpin semua kaum di Kelantan. Semua sayangkan TGNA, kecuali orang umno yang sayangkan mahathir yang menipu mereka sekian lamanya. Orang UMNO sayangkan Islam hadhari & pemimpin kaya mereka, dan bukan as-Sunnah & al-Quran.

Cuti 2 hari seminggu pada jumaat & sabtu menjadi ikutan kerajaan pusat. Semua rakyat Malaysia patut berterima kasih kat TGNA sebagai pemimpin negeri yang memulakannya. Mengasingkan akaun halal & haram, sistem al-rahn, e-nikah, skim takaful kifaalah, iklan menutup aurat, & banyak lagi...Semua ini boleh didapati di laman web kerajaan negeri. Malaysia sebagai sebuah negara sepatutnya dah lama berusaha memenuhi tuntutan umat Islam. Tapi disebabkan orang BN jahil agama, maka tak mungkin mereka akan menuju keberkatan. Bahkan setiap sesuatu yang dibuat biasanya menuju kehancuran sebuah negara yang majoritinya beragama Islam. Mahathir lah orang yang cuba memijak Islam dahulunya terpaksa akur dengan kuasa Allah s.w.t. Mahathir masih lagi leka dengan kuasa, harta, dan maksiat. Masih berselera lagi untuk keduniaan!

Kita wajar melawat Kelantan dan mengenali masyarakat berbilang kaum disini. Kita wajar melihat apa yang TGNA telah usahakan & dalam perancangan. Kita patut jadikan Kelantan sebagai model negeri yang harmoni & penuh keberkatan. TGNA & rakyat Kelantan sentiasa berdoa untuk Kelantan yang semakin "Membangun Bersama Islam"
"

No comments

Powered by Blogger.