botak ulas pasal anwar..
KUANTAN, 16 Sept (Bernama) -- Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan terlalu banyak berimpian dalam meraih cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seharusnya menggunakan cara yang betul sekiranya mahu menjadi perdana menteri, bukannya dengan menipu rakyat.
"Anwar berimaginasi kuat, dia lebih baik ikut jalan betul untuk jadi perdana menteri, bukannya menggunakan jalan pintas dengan menipu rakyat dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Agensi Anti-dadah Kebangsaan dan Jabatan Pertahanan Awam di sini hari ini.
Beliau berkata sikap Anggota Parlimen Permatang Pauh itu yang teragak-agak untuk mendedahkan nama Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti disifatkan sebagai penakut.
Ini kerana katanya, Anwar yang beliau kenali selama ini bukanlah seorang yang pengecut atau penakut tetapi lantang bersuara.
"Kalau dia nak jadi perdana menteri kena ada caranya yang betul, masalah beliau kejap dia akan umumkan nama mereka, kejap dia takut pulak nak umumkan...mana pernah Anwar takut," katanya.
Syed Hamid berkata, taktik terbaru Anwar untuk tidak mendedahkan nama Anggota Parlimen yang akan lompat parti adalah menyalahkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan mendakwa mereka akan dikenakan tindakan ISA sekiranya nama mereka didedahkan.
Beliau berkata, apa yang didakwa oleh Anwar itu adalah mengarut dan tidak masuk akal sama sekali kerana Barisan Nasional (BN) tidak pernah menghalang anggotanya untuk berpindah pada parti lain.
"Ahli Parlimen BN yang mahu masuk Pakatan Rakyat akan dikenakan ISA adalah mengarut dan tidak masuk akal kerana sesiapa saja nak masuk parti lain terpulanglah kepada mereka tetapi BN masih lagi sebuah parti yang bersatu," katanya.
Syed Hamid berkata, setakat ini tiada anggota parlimen yang berminat untuk lompat parti seperti yang didakwa Anwar malah BN terus mengukuhkan barisan bagi menyokong kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
-- BERNAMA

No comments
Post a Comment