jawapan yb khalid pasal 16sep
Saya telah menemui satu artikel di dalam blog msomelayu dan saya rasa ianya memerlukan respon. Ianya berhubung pendirian Mustafa Ali terhadap isu ‘Sept. 16’ atau lebih dikenali kini dgn 916. Walaupun Mustafa Ali merupakan seorang kawan lama, Ketua Pemuda semasa saya menjadi AJK Pemuda PAS Pusat satu ketika dulu, tidak bererti saya bersetuju dengan pendirian beliau dalam semua isu. Biasanya setuju, tetapi ada juga yang tak setuju.
Ini di antara yang tak setuju...
Pendirian beliau disampaikan melalui artikel yang bertajuk:
Mustafa Ali: Kerajaan BN Tidak Akan Tumbang 16 September Ini?
Di sini saya hanya akan petik bahagian yang relevan dan sekiranya pihak pengunjung ingin baca artikel sepenuhnya bolehlah mengunjungi laman berkenaan.
Dalam kes Anwar kaedah ini terbukti berkesan dibeberapa peringkat seperti berikut:-
Dari aspek matlamat ketiga saya rasa kejayaan taktik ini jelas kepada semua. Desakan dalaman UMNO supaya Pak Lah undur diri. Kes Ahmad Ismail. Kes pergi belajar pertanian di Taiwan. Semua ini menontonkan kepada rakyat betapa menggelabah dan lemahnya UMNO.
Soal samada akan berlaku atau tidak perubahan ini pada 16hb September; perlu saya jelaskan di sini bahawa saya tak pernah menyakini Anwar sebagai seorang ahli nujum ataupun seorang wali. Mereka yang tergugat keyakinan mereka dengan larinya tarikh perubahan dari tarikh ini mungkin selama ini meyakini Anwar sebagai ahli nujum atau wali. Tidak saya. Tetapi saya yakin perubahan akan berlaku dan tarikh 16 September itu berkesan dan menyumbang ke arahnya.
Oleh itu tak perlu Parlimen bersidang. Tetapi hakikatnya memang in perkara baru yang tiada ‘precedent’.
Sekali lagi istilah gimik digunakan. Sebenarnya bila kita ingin melakukan sesuatu yang hebat, yang besar, yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, memang ramai yang menjadi ‘spektator’ atau pemerhati dan pengkritik. Ini perkara biasa tetapi agak sedih bila di antara mereka adalah orang2 yang sepatutnya menjadi pemain2 utama.
Sedangkan usaha ‘membeli’ MP BN oleh Anwar adalah tuduhan yang tidak berasas dan hanya propaganda BN. Amatlah malang apabila nampak2nya masih ada kepercayaan yang begitu tinggi terhadap kata2 BN dikalangan pimpinan kita……!
Kedua jangan kita cepat sangat nak ‘mengharamkan’ atau ‘memakruhkan’ sesuatu tindakan. Kita menyempitkan ruang gerak kita atas prejudis kita sendiri sedangkan ianya mungkin sesuatu yang diharuskan.
Saya ingin bertanya, adakah lebih ‘bermoral’ kita membenarkan BN terus memerintah sedangkan kita tahu mereka sedang dan terus melakukan bermacam2 penyelewengan dan penganiayaan? Atau adakah PAS Terengganu dah selesa dengan BN dan rasa ok je?
Sebenarnya saya setuju kita perlukan mandate rasmi yang perlu diperolehi melalui PRU ke-13. Tetapi biarlah PRU ke 13 ini dikendalikan oleh kerajaan yang lebih adil dan telus, BUKAN BN!
Setelah mengambil-alih kuasa, kita perlu bersihkan daftar pengundi, bebaskan SPR dan media massa serta melakukan reformasi terhadap sistem undi pos. Mungkin Mustafa Ali lupa ini semua. Sekiranya bukan kita yang memerintah, percayalah, BN akan menentukan PRU ke-13 akan merupakan PRU yang paling kotor. Semasa PRU ke-12 mereka terkejut, tak sangka. Takkan terus terkejut dan tak sangka selepas itu!
Dari segi ‘tidak demokratik’ dan ‘tidak bermoral’, inilah sebabnya mengapa kita perlu mengambil kuasa sekarang melalui tindakan penghijrahan MP BN ini. Supaya kita boleh tentukan bahawa PRU yang akan datang akan menjadi demokratik dan bermoral.
Wallahu ‘Alam'
http://khalidsamad-shahalam.blogspot.com/2008/09/kerajaan-bn-tidak-akan-tumbang-16.html

“Salah seorang daripada mereka ialah Pengarah Pilihan Raya Pas, Mustafa Ali. Bagi beliau 16 September hanya sebuah gimik semata dan beliau yakin tidak akan berlaku pertukaran kerajaan pada tarikh tersebut seperti mana yang digembar gemburkan. Dalam erti kata lain BN tidak akan tumbang pada tarikh tersebut dan Anwar tidak akan angkat sumpah menjadi Perdana Menteri ke-6”Bagi saya, berlaku atau tidak perubahan kerajaan pada 16 September bukan satu isu, tetapi untuk menyifatkannya sebagai satu gimik mungkin tidak tepat. Yang lebih tepat ianya merupakan strategi politik yang terbukti berkesan. Ia boleh disamakan dengan kaedah pengurusan yang biasa digunakan yang dikenali sebagai MBO atau ‘Management by Objectives’. Dengan meletakkan satu tarikh sasaran yang realistik dan boleh dicapai maka segala kemampuan sebuah organisasi digerakkan kearah pencapaian sasaran tersebut.
Dalam kes Anwar kaedah ini terbukti berkesan dibeberapa peringkat seperti berikut:-
- Menyemarakkan semangat petugas, khususnya PKR, supaya bekerja keras demi mencapai sasaran yang telah dipersetujui bersama.
- Menawan imaginasi rakyat jelata dan menyediakan mereka untuk menerima kemungkinan berlakunya perubahan kerajaan di peringkat Federal.
- Mengganggu gugat pemikiran pihak lawan sehingga bertelagah di antara satu sama lain sehingga mereka menggelabah dan bertindak secara yang mendedahkan kelemahan mereka dengan lebih jelas lagi untuk ditontoni rakyat jelata.
Dari aspek matlamat ketiga saya rasa kejayaan taktik ini jelas kepada semua. Desakan dalaman UMNO supaya Pak Lah undur diri. Kes Ahmad Ismail. Kes pergi belajar pertanian di Taiwan. Semua ini menontonkan kepada rakyat betapa menggelabah dan lemahnya UMNO.
Soal samada akan berlaku atau tidak perubahan ini pada 16hb September; perlu saya jelaskan di sini bahawa saya tak pernah menyakini Anwar sebagai seorang ahli nujum ataupun seorang wali. Mereka yang tergugat keyakinan mereka dengan larinya tarikh perubahan dari tarikh ini mungkin selama ini meyakini Anwar sebagai ahli nujum atau wali. Tidak saya. Tetapi saya yakin perubahan akan berlaku dan tarikh 16 September itu berkesan dan menyumbang ke arahnya.
"Saya tidak yakin 16 September kerajaan BN dan Pak Lah akan jatuh," begitulah tegasnya berkali-kali dalam forum khas "16 September" anjuran sebuah tv internet di ibu Kota Kuala Lumpur hari ini. Saya adalah salah seorang ahli panelnya.Ok. Ini pandangan Mustafa Ali. Mungkin dia betul, mungkin tidak. Ada juga pandangan dari peguam2 yang terkenal yang sebaliknya. Kalau dilihat, Pak Lah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum Parlimen dibentuk atas dasar beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen. Ini amalan biasa selepas setiap PRU. Tak perlu Parlimen bersidang baru nak lantik. Namun, diakui, itu dalam keadaan tiada PM kerana PM letak jawatan sebelum PRU. Sekarang ada PM tetapi kedudukan PM sudah menjadi batal kerana hilang kepercayaan majoriti. PM yang ada kena letak jawatan. Adakah perletakkan jawatan perlu dilakukan di Parlimen atau Yang di-Pertuan Agung? Adalah difahamkan kepada Agung.
Beliau yang bercakap berdasarkan pengalaman dan atas kapisiti peribadinya memberi dua sebab untuk menolak 16 September tidak berlaku apa-apa perubahan.
Pertama katanya dari segi teknikal. Ini jelas kerana katanya pada tarikh berkenaan Parlimen tidak bersidang jadi bagaimana perubahan (menjatuhkan) kerajaan berlaku kerana tidak ada persidangan pada hari itu.
Sesuatu undi tidak percaya ataupun 'peralihan kerajaan' akan dilakukan menerusi Parlimen saja. Jadi kalau Parlimen tidak bersidang bagaimana akan berlaku undi tidak percaya?" soal beliau. Tambahnya, hanya Parlimen saja boleh melakukan apa-apa perubahan termasuk untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri. Beliau memberi hujah itu kerana mengulas ada teori mengatakan kerajaan hari ini akan jatuh dengan mudah apabila sudah ada 122 orang ahli Parlimen yang menandatangani menyatakan tidak percaya kepada Abdullah sebaliknya menyokong bekas TPM (Anwar), ketika itu juga Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Anwar menjadi PM tanpa perlu mandat Parlimen.
Menurutnya pandangan dan teori berkenaan tidak betul kerana apa-apa tindakan termasuk undi tidak percaya akan dilakukan di Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong akan menerima keputusan Parlimen dulu sebelum memberi perkenaan melantik sesiapa untuk menjadi PM setelah ianya dipersetujui oleh ahli Parlimen”
Oleh itu tak perlu Parlimen bersidang. Tetapi hakikatnya memang in perkara baru yang tiada ‘precedent’.
“Kedua dari segi politik. Menurutnya dari segi politik juga tidak logik kalau ada ahli Parlimen BN berhijrah kepada Pakatan semata-mata kerana hendak menyokong Anwar. "Adalah ganjil dan sukar untuk dipercayai ahli Parlimen akan bersedia untuk berhijrah dari tempat (komponen) yang sudah ada kuasa kepada Pakatan yang belum ada kuasa," katanya.Saya rasa kenyataan ini adalah jelas tidak tepat. Banyak kes sesebuah parti keluar dari sesuatu pakatan atau ‘coalition’ yang sedang memerintah. Kadang kala untuk menjadi pembangkang kerana tak setuju dengan sesuatu dasar kerajaan. Kalau keluar untuk menjadi pembangkang pun boleh, apa tah lagi keluar untuk membentuk sebuah kerajaan yang baru! PAS dulu pun keluar BN untuk menjadi pembangkang.
Misalnya begitu juga adalah mustahil ahli Parlimen MCA untuk meninggalkan BN kerana merekalah yang asaskan komponen itu bersama Umno, apa lagi Pakatan Rakyat itu sendiri satu Pakatan yang longgar.
Justeru katanya beliau menyifatkan apa yang berlaku kini tidak lebih daripada gimik politik saja yang sengaja dikejutkan dengan tujuan tertentu oleh orang-orang tertentu termasuk mereka yang bersekongkol dengan Anwar”
Sekali lagi istilah gimik digunakan. Sebenarnya bila kita ingin melakukan sesuatu yang hebat, yang besar, yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, memang ramai yang menjadi ‘spektator’ atau pemerhati dan pengkritik. Ini perkara biasa tetapi agak sedih bila di antara mereka adalah orang2 yang sepatutnya menjadi pemain2 utama.
“Dari segi moral dan intergriti juga, penghijrahan itu seperti mana yang disebut itu tidak akan berlaku kerana ia melibatkan soal moral dan intergriti. Kerajaan yang ditubuhkan atas penghijrahan dan tawaran kebendaan akan dilihat sebagai tidak bermoral dan ini sesuatu yang tentunya akan dititik beratkan"Ini merupakan hujjah yang jelas meleset sekali. Adakah Mustafa Ali menganggap kerajaan BN sebagai sebuah kerajaan yang dibentuk atas dasar keyakinan terhadap prinsip2 tertentu yg disokong oleh moral dan intergriti? Tidakkah beliau sendiri melihat bagaimana kesetiaan kepada BN sedang diusahakan melalui tawaran2 yang begitu menarik kepada MP2 BN dari Sabah dan Sarawak? Tidakkah jelas bahawa yang sedang membeli sekarang dan oleh itu tidak berintegriti adalah BN itu sendiri?
Sedangkan usaha ‘membeli’ MP BN oleh Anwar adalah tuduhan yang tidak berasas dan hanya propaganda BN. Amatlah malang apabila nampak2nya masih ada kepercayaan yang begitu tinggi terhadap kata2 BN dikalangan pimpinan kita……!
“Dalam konteks ini katanya bagi Pas ia sangat bertentangan parti itu yang menekankan soal moral dan akhlak. Bagi Pas katanya, tindakan politik demikian sesuatu yang bertentangan dengan nilai perjuangan Pas dan ia tidak akan dilakukan oleh mereka yang sudah lama dan menghayati perjuangan Pas. "Tidak tahulah kalau mereka yang baru dalam Pas bersedia untuk sama-sama berbuat demikian!”Di sini mungkin Mustafa Ali lupa Tok Guru Nik Aziz kut? Atau TGNA dianggap orang baru? Saya tak tahulah tetapi kadang2 kita kena keluar dari kerangka pemikiran persekitaran kita sendiri yang membelenggukan pemikiran kita. Lihatlah keluar dari Terengganu sikit dan janganlah membenarkan suasana Terengganu sahaja mewarnai pemikiran kita. Saya yakin hampir seluruh pimpinan Kelate, Pahang, Kedah dan lain2 yang mempunyai ahli lama tiada masalah dalam soal ini.
Kedua jangan kita cepat sangat nak ‘mengharamkan’ atau ‘memakruhkan’ sesuatu tindakan. Kita menyempitkan ruang gerak kita atas prejudis kita sendiri sedangkan ianya mungkin sesuatu yang diharuskan.
Saya ingin bertanya, adakah lebih ‘bermoral’ kita membenarkan BN terus memerintah sedangkan kita tahu mereka sedang dan terus melakukan bermacam2 penyelewengan dan penganiayaan? Atau adakah PAS Terengganu dah selesa dengan BN dan rasa ok je?
“Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu bagaimana mengakui masa kini adalah waktu terbaik untuk pembangkang menguatkan usaha untuk menjatuhkan BN kerana berbagai kelemahan dan kepincangan BN serta penolakan rakyat kepada mereka seperti mana pilihan raya lalu sangat jelas.Bahagian ini yang paling menarik. Nampak gaya selama ini, bagi Mustafa Ali, bantahan PAS terhadap ketidak-adilan perjalanan PRU oleh kerajaan BN adalah bagaikan gimik politik PAS sahaja! Sebenarnya beliau merasakan PRU bawah BN ok je! Demokratik dan bermoral dan itulah sebabnya kita perlu tunggu sehingga BN kendalikan PRU ke-13.
Pun begitu bagi Mustafa beliau merasakan sesuai dan lebih gentleman kalau penggulingan BN itu dilakukan menerusi saluran demokratik seperti pilihan raya akan datang. "Bermula dari sekarang sepatutnya pembangkang membuat persiapan untuk menumbangkan BN menerusi pilihan raya dan bukannnya dengan mengharapkan berlaku lompat parti dan cara-cara yang tidak demokratik dan tidak bermoral untuk mengambil alih kerajaan", ujarnya”
Sebenarnya saya setuju kita perlukan mandate rasmi yang perlu diperolehi melalui PRU ke-13. Tetapi biarlah PRU ke 13 ini dikendalikan oleh kerajaan yang lebih adil dan telus, BUKAN BN!
Setelah mengambil-alih kuasa, kita perlu bersihkan daftar pengundi, bebaskan SPR dan media massa serta melakukan reformasi terhadap sistem undi pos. Mungkin Mustafa Ali lupa ini semua. Sekiranya bukan kita yang memerintah, percayalah, BN akan menentukan PRU ke-13 akan merupakan PRU yang paling kotor. Semasa PRU ke-12 mereka terkejut, tak sangka. Takkan terus terkejut dan tak sangka selepas itu!
Dari segi ‘tidak demokratik’ dan ‘tidak bermoral’, inilah sebabnya mengapa kita perlu mengambil kuasa sekarang melalui tindakan penghijrahan MP BN ini. Supaya kita boleh tentukan bahawa PRU yang akan datang akan menjadi demokratik dan bermoral.
“Dalam pada itu Mustafa juga menegaskan hubungan Pas dengan Pakatan Rakyat masih seperti dulu dan tidak timbul soal Pas ingin meninggalkan Pakatan apa lagi untuk bergabung dengan Umno”Ini saya no comment selain “actions speak louder than words”.
Wallahu ‘Alam'
http://khalidsamad-shahalam.blogspot.com/2008/09/kerajaan-bn-tidak-akan-tumbang-16.html
No comments
Post a Comment