Negara stabil, tentera tidak campuri isu perkauman - Panglima ATM

DIN ISHAK

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi jaminan tidak akan mencampuri urusan politik termasuk dalam isu-isu berkaitan dengan sentimen perkauman, yang menjadi topik hangat sejak kebelakangan ini.

Sebaliknya, menurut Panglima ATM, Jen. Tan Sri Abdul Aziz Zainal (gambar), pihaknya menyerahkan kepada pemerintah untuk menguruskannya.kerana ia melibatkan elemen politik.

Bagaimanapun beliau mengaki bahawa negara masih berada dalam keadaan stabil.

Beliau menyatakan demikian di Kementerian Pertahanan sebentar tadi.

Dua hari lalu beliau menyarankan agar kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang membangkitkan isu-isu berbaur perkauman kerana perbuatan sedemikian boleh mencetuskan keadaan huru-hara.

No comments

Powered by Blogger.