Kenyataan Shamsul Iskandar tentang 16 September
Malam tadi, Shamsul Iskandar Mat Akin telah berkesempatan menghadiri upacara pemberian bantuan kepada anak anak yatim di sebuah Restoran di Kelang. Bertempat di Restoran Warisan Asli di Bandar Bukit Tinggi, Shamsul memberikan serba sedikit info tentang 16 September di dalam Tazkirah Politik yang turut di hadiri oleh sekumpulan lebih 100 orang pemimpin Angkatan Muda Keadilan Negeri Selangor.
Beliau turut menjadi saksi sememangnya terdapat antara 30 ke 40 orang MP yang telah menandatangani borang menyertai Pakatan Rakyat. Enggan memberikan jumlah sebenar dan nama ahli BN yang lompat parti di atas beberapa sebab keselamatan.
Di dalam Tazkirah politiknya lagi, langkah seterus yang akan di ambil oleh pemimpin Pakatan Rakyat adalah menemui Yang di Pertuan Agong untuk membuktikan senarai tersebut adalah benar.
Senarai nama tidak akan di dedahkan kerana bimbang berhadapan dengan 'kerajaan Gila' Barisan Nasional yang sanggup menggunakan kaedah ISA untuk menghalang pembentukan kerajaan Baru. Pengalaman berhadapan dengan Barisan Nasional cukup membuat Pakatan Rakyat bimbang kalau kalau tindakan seumpama yang berlaku kepada Raja Petra dan Teressa Kok akan berulang kembali. Akibatnya, teman teman yang baru melompat parti akan menerima nasih yang serupa.
Usaha pertemuan bersama Perdana menteri, di jadikan sebagai langkah berjaga jaga agar tindakan perubahan kuasa tidak menjadi modal oleh kerajaan BN untuk mencetuskan huru hara perkauman. Menurut beliau lagi, Pak Lah turut menjadi contoh bahawa tidak perlunya Parlimen bersidang untuk menjadi untuk menjadi kan seseorang itu sebagai Perdana menteri. Cukup sekadar Jumlah MP yang cukup menyokong untuk menjadi Perdana menteri di depan Yang di Pertuan Agung dan di ikuti dengan acara bersumpah.
Langkah terperinci dan teratur perlu di lakukan agar peralihan kuasa di lakukan dengan suasana tenang dan aman damai.

No comments
Post a Comment