komen-komen berkaitan isu semasa dalam pas.sila ambik perhatian wahai pemimpinku
Oleh janggutilang
"Semoga apa yang berlaku dalam PAS mutakhir ini dapat mengukuhkan lagi PAS agar terus segar dan segar. Tatkala UMNO semakin goyah janganlah ada kiranya PAS menari-nari rentak yg sama seperti UMNO. Ikhlas kita dalam menegur sesuatu perkara harus mendepani kepentingan parti terlebih dahulu.Dan perkara2 yang boleh merugikan parti diharap tidak menjadi isu yang berpanjangan kerana setiap diantara ahlinya punyai jasa dan peranan.
Buktinya, PAS semakin kukuh dan diterima oleh semua orang. 'otai-otai' PAS tetap dihormati meski ada yg x ingin kami dengari apalagi untuk kami campuri.
Dan bagi kami yg dikelilingi oleh pihak lawan tentu sukar untuk menghujahkan kebenaran jika ada sesuatu yg x kena pada parti. Beza bagi mereka yg duduk bersama didalam jemaah yg ramai dapat mendepaninya dengan ruang yg jelas dan nyata.
Terkadang hampir merah padam raut wajah berbicara dengan mereka yg x sealiran bilamana berseorangan mendepani mereka yg ramai. Atas kekuatan dari semangat negeri2 dari pantai timur dan 'anak2' baru di sebelah utara membuatkan kami tidak keseorangan dan tetap jua dpt mempertahankan semangat juang dasar parti.Itulah tembok beza kami dari rakan sebelah pantai timur dan 'anak2 baru'.Kekuatan anda adalah kekuatan kami begitu jua sebaliknya.
Sebenarnya hati ini takut untuk menaip sesuatu kerana atas dasar hormat terhadap 'otai-otai'.Mohon maaf kepada semua 'otai-otai'.
Cerita kita kini adalah detik menghitung bila akan tertukar kerajaan yg baru. Siap siagalah dalam mentadbirnya. Cerita lama telah kami tutup hanya cerita-cerita baru yg ingin kami katakan pada teman2 yang x sealiran...
..........................................................................................................................................................................
Oleh salam_andalus
"Assalamualaikum kepada semua ahli TKO semoga ramadhan ini menjadi sinar keimanan kepada diri kita semua.
bagi mengulas isu ini sebenarnya tidak ada perselisihan diantara TGHH dan TGNA kerana dalam surat khabar harakah hari ini TGNA menyatakan yg sedemikian
''Usaha ke arah membentuk kerajaan baru pada 16 September dengan diketuai Parti Keadilan Rakyat tidak boleh disifatkan sebagai angan-angan Mat Jenin''."Ini kerana istilah angan-angan Mat Jenin itu tidak ada pada orang politik,"
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16998&Itemid=1
maka tidak bercangah dgn apa yg di sampaikan oleh TGHH yg mengatakan saya bukan pemimpin mat jenin.
jika di perhatikan betul2 perkataan TGNA dan TGHH adalah same iaitu tidak akan menjadi ahli politik mat jenin kerana mereka sentiasa berusaha untuk mertabatkan islam.
Oleh yang demikian di harapkan kepada semua ahli TKO tidak salah aggap dgn apa yg berlaku dan sentiasa istiqomah dgn perjuagan islam krn Allah berfirman di dalam al-quran di dalam surah al-imran
'' sekiranya kamu sudah berazam maka serahkanlah ia pada Allah ( bertawakkal ) dan Allah amat menyintai org2 yang bertawakal kepadanya ''
jadi janganlah kerana isu yg kecik kita perbesarkan ia dan jangalan kita jadi golongan pelampau di dalam islam.
semoga ramadhan ini menjadikan bulan mensucikan hati kita sebagai perjuag2 islam.
akhirkata maafkan saya jika terkasar kata atau terguris jiwa semoga anda memaafkan saya.salam perjuagan..........................................................................................................................................................................
Oleh ulitmayang
"Selepas “membedal“ Mustafa Ali beberapa hari lalu , kata TGNA Rakyat Terengganu Salah Pilih Pesuruhjaya , hari ini , TGNA “menggodam“ TGHH pulak , pasal perkataan angan – angan mat jenin , ini kerana sedikit masa dulu TGHH ada membangkitkan soal ahli politik mat jenin.Alhamdulillah , selama ini ramai menyangka Tok – tok guru kita hanya pandai menyampaikan kuliah – kuliah agama di Surau , Masjid dan madrasah saja , dan soal politik dikesampingkan.
Begitu juga , ada timbulnya keraguan dalam kadar cepat tindak balas ahli – ahli politik dari Pakatan Rakyat , khususnya PAS , dalam memberikan reaksi , ulasan , komen , pendapat , teguran dan kritikan terhadap isu – isu semasa politik.
Contohnya isu muzakarah yang dibiarkan berlarutan begitu lama , hingga menimbulkan sedikit kekeliruan di kalangan bukan sahaja ahli – ahli malah juga pimpinan PAS sendiri.
Seharusnya , dan sangat perlu sekali tokoh – tokoh agama dan tok – tok guru , mencorakkan suasana politik yang lebih baik , betul dan benar , bukan berasaskan kepada kaedah politik menghalalkan cara , seperti mana yang menjadi teras umno/bn selama ini.
PAS , PKR & DAP , harus perlu memimpin suasana politik yang menuntut keadilan dan kerajaan negara berkebajikan yang berteraskan etika – etika yang murni dan universal yang diterima umum.
Rakyat sangat berminat dengan kenyataan TGNA bahawa Tukar kerajaan bukan angan - angan Mat Jenin , yang mungkin ada kaitan nya dengan kenyataan TGHH terdahulu iaitu Saya bukan ahli politik Mat Jenin , sedikit masa dahulu , kerana kepelbagaian pendapat dapat menceriakan lagi hubungan di kalangan pemimpin dan juga ahli.
Rakyat mengharapkan tindakan tegur - menegur yang subur diamalkan dalam PAS , dapat menyuburkan lagi percambahan fikiran , dan tidak hanya terikat dengan satu pendapat sahaja yang betul.
Perbezaan ini , sekiranya ada , diharap akan dapat memantapkan lagi saf pimpinan parti PAS khasnya , dan Pakatan Rakyat juga umumnya , InsyaAllah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh ibnuzack2
"Assalamu'alaykum..
Saya terpanggil untuk membuat ulasan selepas beberapa ulasan teman-teman berkenaan isu perbezaan pandangan antara Tuan Guru dan Dato Mustafa dalam kisah 16 September.
Saya percaya dan yakin bahawa kenyataan yang dibuat Dato Mustafa ada sebab dan alasan yang tersendiri. Ketidak yakinan beliau pada perubahan 16 September pastinya bersandar pada ketiadaan maklumat yang beliau perolehi. Sama seperti Ustaz Harun Taib yang mengatakan 'tidak pasti untuk pertukaran kerajaan' pada 2 hari lepas.
Sungguh benar, bukan dia atau Ustaz Harun yang 'mengejar' ahli-ahli parlimen di Taiwan.Bukan saya juga atau tuan-tuan. Jesteru tidak ada antara kita yang boleh mengatakan sahih akan kewujudan proses pertukaran kerajaan pada hari ini.
Tetapi itu tidak memberikan hak buat Dato Mustafa untuk menafikan atau memperkecilkan usaha menukar kerajaan yang diusahakan gabungan PR. Mungkin Datuk Mustafa cuba mengambil jalan selamat andaikata 16 September gagal, tetapi tidak bolehkah ditunggu dahulu hingga berakhir hari ini untuk membuat kenyataan?
Kenyataan yang ada asas tapi pada masa yang sangat tidak kena.
Sama seperti tindakan Tan Sri Khalid ketika mengulas isu keengganan untuk turun awal ke Kapar atau isu UiTM. Ada benar tetapi masanya tidak kena. Tetapi riwayat Tan Sri dalam politik baru dua tahun. Dato sudah puluhan tahun. Jesteru, perlu ada perbezaan kematangan strategi yang luas antara keduanya.
Jesteru,saya memahami kekecewaan yang dilontar Tuan Guru Mursyidul Am. Bukan kerana dia benci atau meluat. Tetapi dia terasa apabila rancangan susah payah oleh gabungan oposisi seolah 'dipandang sinis' orang kanan partinya sendiri.
Dato Mustafa bukan ketua cawangan. Dia bukan tukang gantung poster atau tukang jual air masa Muktamar. Dia Pesuruhjaya Negeri dan Pengarah pilihanraya. Sedikit sebanyak, kenyataan yang dibuat olehnya atas kapasiti jawatan beliau akan meregangkan hubungan PAS dalam gabungan.
Lainlah kalau saya tersilap buat kenyataan. Apa jawatan pun tak ada. Silap menulis pun orang tak peduli mana.
Bagaimana Jika Mustafa Benar?
Ya,bagaimana? Bagaimana jika pandangannya tentang tiada pertukaran kerajaan hari ini benar? Gagalkah 16 September?
Pandangan saya tidak. 16 September tidaklah gagal sepenuhnya. Saya beri perbandingan.
Dalam himpunan BERSIH 10 November lalu, matlamatnya ada 4. Penggunaan dakwat, akses pada media,pembersihan daftar dan penghapusan undi pos. Mana satu tuntutan yang berjaya? Tak ada pun. Yang isu dakwat itu pun dibatalkan saat akhir dengan alasan bodoh.
Maka gagalkah BERSIH? Sia-siakah saya dan sahabat sekalian disembur dan digempur 'tentera bergajah'? Sudah tentu tidak. BERSIH berjaya dalam ertikata menyedarkan rakyat marhaen tentang kebobrokan politik pemerintah dan mematangkan rakyat dalam memahami krisis kepimpinan di Malaysia.
Kesannya,kejayaan luar biasa dalam PRU ke 12.Tak payahlah saya sebut apa yang luar biasanya.
Begitu juga dengan 16 September. Katalah....katalah tak ada seorang pun ahli Parlimen BN yang mahu menyeberang. Katalah Anwar memang berbohong daripada awal tentang kewujudan sokongan daripada 32 ahli Parlimen BN untuk menyertai kerajaan persekutuan PR.Katalah.. Namun, 16 September tetap tidak gagal.
Kerana 16 September telah menunjukkan kepada rakyat betapa kemaruknya regim pemerintah untuk terus bertaut pada tali kuasa. 'Lawatan besar-besaran ke luar negara', penggunaan ISA ke atas Teresa serta hentaman tidak henti-henti media telah memberikan satu kelebihan dari sudut politik buat PR untuk PRU 13.
Pakatan Rakyat sebenarnya mendapat 'kelebihan' dalam 'kekurangan'.
Dalam membaca tulisan teman-teman dalam isu ini,saya juga tidak dapat mengelak daripada merasa tersinggung apabila dikatakan Dato Mustafa melakukan semua ini demi memanjangkan hayat politiknya yang hampir padam. Senang cakap, gila kuasa.
Bagi saya,andai benarlah Dato Mustafa gila kuasa,barang tentu dia sudah meninggalkan jemaah Islam dan terus menyertai BN sebagai Timbalan Menteri zaman Tun Hussein Onn dahulu. Dan andainya dia sanggup gadai prinsipnya hari itu, pastinya jawatannya kini sekurang-kurangnya Menteri Kanan atau mungkin bakal pengganti Pak Lah pada 2010.
Tetapi dia menjual jawatannya demi Islam. Munasabahkah orang sebegini gila kuasa?
Cuma silapnya, kenyataannya patut dibuat dalam parti dan bukan dihebah ke luar. Itu sahaja. Kerana itu pasti mengundang umpan mudah buat kawan kita di kem seberang.
Buat teman-teman, saya juga pernah mengkritik PAS Terengganu secara hati-hati saat hampir pilihanraya dahulu. Tetapi,saya hentikan serta merta teguran itu menjelang pilihanraya memandangkan masanya tidak kena. TKO juga begitu. Laman forumnya terbuka. Tetapi saat pilihanraya, segala kritikan dibuang kerana masanya tidak kena.
Kritikan pada pimpinan itu memang wajar. Tetapi ia tidak wajar jika masa dan caranya tidak betul.
Anak kancil sesat di kota,
Anak belatuk berduka lara,
Bukan kecil harapan kita,
Harapan untuk agama dan negara
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ambik la keratan di atas sebagai apa yang baik dan buruk....
marilah sama-sama kita rapatkan jemaah pas...
allahukbar!!!!!
No comments
Post a Comment