Pemuda PAS pandang sinis seruan PM
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) memandang sinis seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya umat Islam bersatu dan mengelakkan perpecahan.
Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, DPP menyokong sebarang usaha untuk menyatukan ummah, bahkan umat Islam adalah umat yang satu.
"Yang menjadikan mereka berpecah hanyalah satu sebab sahaja, iaitu tidak mahu berpegang kepada al-Quran dan Sunnah sebagai landasan hidup mereka.
Pada hari ini, perkataan 'bersatu' hanya diperalatkan sahaja untuk tujuan politik sempit, sedang penyeru sendiri tidak berbuat demikian," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, DPP sedar pada hari ini umat Islam di seluruh dunia berpecah sehingga menyebabkan mereka ditindas dan dihina di mana-mana.
"Ia adalah satu fenomena yang mesti diamatkan dengan segera. Yang menjadi masalah ialah di kalangan pemimpin umat Islam yang lebih mementingkan agenda peribadi daripada kepentingan umat.
"Para pemimpin negara umat di seluruh dunia masih leka dengan cara hidup yang tidak mengikut ajaran Islam, bahkan meninggalkan al-Quran dan Sunnah dalam memerintah negara.
"Mereka lebih selesa menganut fahaman nasionalisme, sosialisme, kapitalisme, sekularisme dan sebagainya yang didakwa kononnya lebih moden berbanding dengan mengamalkan sepenuhnya ajaran al-Quran dan Sunnah. Kerana itulah umat Islam berpecah dan tidak bersatu," kata Salahuddin.
Seranan PM
Bagaimanapun, katanya, seranan perdana menteri dalam Muzakarah Ulamak Umarak di Kuala Lumpur semalam adalah berbau agenda politik peribadi.
"Semenjak Umno/BN mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya lalu, termasuk yang terbaru di Permatang Pauh, Pak Lah sengaja membesar-besarkan isu perpaduan, ketuanan Melayu Islam dan sebagainya untuk menjerat mangsa politiknya.
"Pak Lah sangat mengharapkan supaya orang Melayu bersatu dalam maksud bersatu dengan Umno yang diistilahkan oleh beliau sebagai ummah itu.
"Beliau bimbang jika ahli-ahli Umno/BN 'bersatu' atas tiket Pakatan Rakyat, sekaligus menghancurkan masa depan politiknya. Sebelum ini PAS cuba dipancing untuk bersatu dengan Umno, tetapi usaha mereka gagal," katanya.
Salahuddin berkata, umat Islam di negara ini tidak harus terjerat oleh seruan sempit yang berkepentingan peribadi ini, kerana perpaduan yang lebih menyeluruh boleh dibuat dengan meninggalkan Umno/BN.
"Selama ini, Umno/BN membakar api perkauman, permusuhan dan perpecahan supaya mereka boleh terus mengokong kebebasan rakyat.
"Tetapi apabila rakyat bersatu hati untuk menolak mereka, mereka menyeru pula atas nama perpaduan dan ketuanan Melayu.
"Pak Lah harus sedar bahawa tidak ada perpaduan yang boleh didirikan untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni. Sebaliknya perpaduan hanya boleh wujud apabila umat Islam bersatu hati untuk taat kepada Allah," katanya.

No comments
Post a Comment