Penyokong Ahmad protes di ibupejabat Umno

Kira-kira sebelas orang penyokong ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail mengadakan protes di luar ibupejabat Umno di Kuala Lumpur sewaktu pemimpin Umno tiba untuk menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk memutuskan tindakan terhadap Ahmad.

Kumpulan tersebut membawa kain rentang, yang antaranya berbunyi "MT pertahankan maruah Datuk Ahmad Ismail", dan "Kami sokong Datuk Ahmad Ismail".

Mereka melaungkan 'Hidup Melayu' apabila ahli-ahli MT tiba di ibupejabat Umno untuk menghadiri mesyuarat khas tersebut.

Majlis tertinggi yang mempunyai 48 anggota dan merupakan badan pembuat keputusan tertinggi Umno itu, dijadual mula bermesyuarat jam 2.30 petang.

Mesyuarat khas itu diadakan ekoran kontroversi yang dicetuska oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Ahmad telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam memutuskan untuk menyerahkan kepada Umno untuk memutuskan tindakan terhadap Ahmad.

No comments

Powered by Blogger.