Politik Negara makin kalut?
"Semalam berlaku setidak-tidaknya berlaku dua isu besar yang menurunkan rating integriti politik nasional Malaysia. Pertamanya, berlaku tangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada tiga individu yang berlainan latar belakang, dan keduanya isu pemergian pemimpin KeADILan ke Taiwan yang dikaitkan dengan usaha menjayakan misi 'pertukaran kerajaan pada 16 September'.
Bagi isu pertama, ternyata adalah paling tinggi rating dari segi integriti kerajaan BN kerana sudah tentu ia membawa kesan besan kepada imej negara dan perundangan negara. Sebelum ini semua pihak telah ramai menjadi mangsa ISA dan banyak pihak sedia mengutuknya sebagai amalan undang-undang rima yang tersasr jauh daripada nilai-nilai keadilan yang dikehendaki oleh Tuhan yang Esa. Isu penahanan ISA yang melibatkan 'penahan tanpa bicara' memungkin mangsanya dilanjutkan penahanan secara zalim dari 60 hari kepada dua tahun ke dua tahun dan ke seterusnya atas pertimbangan Menteri berkenaan.
Dalam kes terbaru (semalam/12 Sept.) telah memangsakan tiga individu iaitu Raja Petra Kamarudin (blooger Malaysia Today) atas tuduhan menghina Nabi Muhammad SAW.; Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh/ADUN Kinrara dan Tan Hoon Cheng, wartawan akhbar Cina, Sin Chew Daily. Kesemua mereka (seperti gambar) telah ditahan polis dengan tohmahan (tanpa dibuktikan di makamah) atas isu-isu keselamatan negara yang kononya aktiviti mereka bakal menjejaskan keselamatan negara (mungkin mencetus perbalahan kaum?). Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan. Mungkinkah peristiwa operasi penahanan tersebut "mempunyai persamaan yang membimbangkan dengan Operasi Lalang pada 1987" di mana berpuluh-puluh tokoh, artis, ahli akademik dan ahli politik pembangkang, khususnya dari PAS dan DAP telah ditahan?
Apa yang jelas, kegerunan kerajaan BN makin terserlah, terutama dengan tekanan isu 'pertukaran kerajaan pada 16 September' yang mengundang berlaku isu kedua, iaitu pemergian lima pemimpin KeADILan ke Taiwan (seperti dilapor Malaysiakini) Mereka terdiri daripada Ketua Strategi KeADILan, Saifuddin Nasution; Timbalan Pengarah Pilihan Raya KeADILan, Fuziah Salleh; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, Ketua Publisiti Wanita KeADILan, Elizabeth Wong dan Penolong Setiausaha Agung KeADILan, Low Chee Cheong. Menurut sumber itu, pemergian mereka ada kaitan dengan usaha untuk menemui ahli-ahli Parlimen BN yang sedang mengikuti rombongan BBC-BN di Taiwan. Jika usah itu menjadi realiti, tamatlah usia sebuah kerajaan yang berperisaikan undang-undang zalim ISA itu.
Namun kesemua itu adalah dalam kententuan Tuhan yang Esa - sudah menjadi kes di mana kerajaan BN sedia melaksanakan apa cara demi menyelamatkan kuasa. Tidak semudah itu kuasa yang ada dicabut atau diheret oleh pihak pembangkang. Maka ramai pemimpin BN berkata, impian pihak pembangkang pada 16 September tidak akan menjadi kenyataan!! Namun sesetengah pemimpin pembangkang, seperti mana Dato' Mustapha Ali, Pengarah Pilihan Raya PAS menganggap itu tidak akan menjadi kenyataan (seperti heboh di laman TKO).
Terserahlah kepada Tuhan yang Esa. Manusia hanya merancang, tidak semestinya setiap perancangan yang 'dilihat tidak baik' itu Tuhan yang Esa tidak merestuinya!!
No comments
Post a Comment