Polis benarkan Teresa temui keluarga petang esok

BUKIT MERTAJAM: Polis akan membenarkan anggota keluarga Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok, yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), untuk menemui beliau di ibu negara petang esok.

Makluman mengenai kebenaran itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Ismail menghubungi Lim ketika beliau sedang mengadakan sidang media di Taman Tampoi di sini pagi tadi.

Lim ketika ditemui selepas itu memaklumkan bahawa Teresa akan dibenarkan menemui anggota keluarganya kira-kira 2 petang esok.

Menurut Lim, anggota keluarga Teresa juga akan dimaklumkan mengenai perkembangan tersebut.

Bagaimanapun tempat pertemuan esok tidak dimaklumkan.

Difahamkan Teresa masih ditahan di ibu negara.

"Kami berdoa beliau (Teresa) selamat dan diberikan layanan yang baik oleh polis," katanya.

Teresa, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Setiausaha Publisiti DAP telah dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur selepas ditahan lewat malam kelmarin.

Pada sidang media itu, Lim juga meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar meletakkan jawatan ekoran alasan penahanan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang 'tidak logik'.

"Bagaimana anda boleh melindungi seseorang itu dengan menahan dia," katanya.

BOTAK NI BUKAN SETAKAT LETAK JAWATAN....HANG SENDIRI KENA MASUK ISA....MUNGKIN BOLEH RASA APA-APA YANG 'BEST' KAT DALAM TU...NANGIS PA SEBAB TAK BOLEH BERAYA?HEHEHE...BOTAK

No comments

Powered by Blogger.