NAJIB DAH MULA TUKAR ARAH....
Abu Zahar berkata kenyataan Najib juga adalah mengikut proses demokrasi.
"MT tidak boleh ketepikan hak dan suara perwakilan dan setiap ahli perlu hormati perlembagaan parti. Jangan amal sindrom bisu dan sindrom pak turut," katanya.
MUBARAK kini mempunyai kira-kira 1,000 ahli dianggotai oleh bekas wakil rakyat dari kalangan anggota Parlimen, anggota Dewan Undangan Negeri dan bekas senator.
Abu Zahar berkata Perlembagaan Umno juga menetapkan pemilihan setiap tiga tahun sekali untuk jawatan presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 25 anggota Majlis Tertinggi (MT).
"Inilah tempatnya tentukan pucuk pimpinan parti dalam tiga tahun akan datang," katanya.
Mengenai kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap peralihan kuasa antara Perdana Menteri kepada penggantinya pada Jun 2010 terlalu lama, Abu Zahar berkata pandangan Muhyiddin hanya mecadangkan peralihan kuasa itu dipercepatkan dan bukannya meminta Abdullah meletak jawatan.
Mengenai ura-ura Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa pada 16 Sept, Abu Zahar berkata ia adalah gimik politik.
Mengenai sama ada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih relevan, Abu Zahar yang juga bekas pegawai polis berkata ISA amat penting untuk menyelamatkan negara daripada porak peranda, namun pelaksanaannya mestilah betul, adil dan bertanggungjawab.
AKU CUKUP KESIAN KAT NAJIB...DULU BUKAN MAIN POYO NAK IKUT ELAKANG PAK LAH...KONON YAKIN PAK LAH MASIH KUAT..TAPI MUNGKIN SELEPAS BERSUMPAH DULU, DIA DAH MAKIN INSAF DAN FIKIRKAN MASA DEPAN...BAGUS LA TU....HANG DESAK LA LAGI... INGAT ANAK YASIN DOK NAK NAIK TU HEHEHE
No comments
Post a Comment