Senarai Nama Krew Salah Dan Tidak Dikeluarkan Oleh MISC
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Senarai nama krew MT Bunga Melati 2 dan MT Bunga Melati 5 yang disiarkan dalam akhbar New Straits Times semalam adalah salah dan tidak dikeluarkan oleh MISC Berhad, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas.
Penyiaran senarai nama krew itu telah menyebabkan tekanan kepada keluarga anggota krew, katanya.
"Anggota keluarga terbabit telah menyatakan kegusaran mereka mengenai laporan spekulasi dan negatif oleh media," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.
Beliau berkata rundingan sedang dijalankan dengan perampas kedua-dua kapal itu dan mereka sedang cuba melakukan yang terbaik untuk memastikan semua krew dapat pulang dengan selamat dan secepat mungkin.
Bagaimanapun, MISC tidak dapat memberikan sebarang maklumat terperinci kerana ia mungkin membahayakan krew berkenaan, katanya.
Kapal milik MISC, MT Bunga Melati Dua dengan 39 anggota krew -- 29 warga Malaysia dan selebihnya warga Filipina -- dirampas oleh lanun di Teluk Aden di perairan Somalia dan Yemen pada 19 Ogos. Seorang daripada warga Filipina terbunuh akibat terkena peluru yang tersasar.
Sepuluh hari kemudian, sebuah lagi kapal MISC, MT Bunga Melati 5, dengan krew terdiri 36 warga Malaysia dan lima warga Filipina, dirampas di perairan yang sama semasa dalam perjalanan dari Yanbu, Arabi Saudi ke Singapura.
Memberikan jaminan yang semua krew di dua buah kapal itu selamat dan berada dalam keadaan yang baik dengan bekalan makanan yang mencukupi, Shamsul Azhar berkata MISC sedang bekerjasama dengan gabungan angkatan tentera laut untuk memastikan keselamatan semua kapal di kawasan Teluk Aden.
Beliau juga berkata kapal Bunga Seroja Satu tidak diserang seperti disahkan oleh tentera laut, tidak seperti laporan akhbar The Star semalam.
"Kami sekali lagi merayu kepada media supaya lebih sensitif untuk tidak membahayakan nyawa krew kami dengan membuat laporan yang spekulasi, sensasi atau tidak tepat mengenai kejadian ini," katanya.
-- BERNAMA

No comments
Post a Comment