Siapa Yang Mengancam Negara Sebenarnya?

a
Membaca, mendengar dan menonton berita terbaru tentang keadaan politik negara menimbulkan pelbagai pertanyaan. Kenyataan Pak Lah bahawa Anwar menjadi ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara agak mengejutkan. Walaupun sepatutnya ia bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan mereka berada di pihak yang berseteru dan bertentangan.

Tetapi kenyataan terbaru Pak Lah seolah-olah ‘melondehkan’ betul-betul Anwar dan seolah-olah mengistiharkan ‘perang terbuka’ kepada Anwar tanpa berselindung dan bertapis lagi.

Pak Lah cuba menghantar mesej kepada rakyat bahawa kerana Anwarlah ekonomi dan keselamatan Negara sekarang berada dalam keadaan lucar-kacir. Tanpa menyebut faktor-faktor lain seolah-olah Anwarlah menjadi satu-satunya penyebab.

Soalnya sekarang, siapakah sebenarnya yang menjadi ancaman kepada negara. Batang tubuh dan pakatan yang menjanjikan sebuah Malaysia baru yang mantap dan dinamik dari segi keadilan, ekonomi, pengagihan kekayaan, ketelusan dan perpaduan antara kaum ATAU pemimpin dan parti yang lemah?

Jika dipertikaikan ia sebagai janji kosong, angan-angan dan impian, jadi cuba bandingkan dengan apa yang kerajaan BN telah lakukan selama 51 tahun memerintah?Adakah ekonomi menjadi bertambah baik atau ketelusan moral dari segi rasuah dan penyelewengan diperangi betul-betul atau perpaduan kaum menjadi lebih utuh atau kehebatan Islam dan hak melayu betul-betul dimartabatkan?Jawapannya tidak.Tidak. Dan tidak.

Jadi adakah mereka yang menjanjikan alternatif kepada sebuah Malaysia yang lebih baik dianggap sebagai ancaman kepada ekonomi dan negara?

Pemimpin yang lemahlah sebenarnya yang menjadi ancaman sebenar kepada negara. Pemimpin yang gagal memartabatkan Islam, gagal membela hak-hak melayu, gagal memerangi rasuah dan penyelewengan, gagal memacu perkembangan ekonomi yang meyakinkan dan gagal membina perpaduan dan keharmonian yang lebih kukuh di kalangan rakyat terbanyak dan pelbagai kaum. Pemimpin yang tidak tegas membuat keputusan, pemimpin yang tiada pendirian, yang berubah-berubah ‘stand’ dan keputusannya, pemimpin yang boleh diperkotak-katikkan dan tidak dihormati oleh orang bawahannya sendiri.

Bukankah dengan menyerahkan kuasa sebagai menteri kewangan yang berkait rapat dengan ekonomi hanya lebih menyerlahkan kelemahan pemimpin ini. Dari satu segi seolah-olah ingin mengalih beban kepada orang lain dan lari dari tanggunjawab. Dan dari satu segi yang lain seolah-olah memang mengakui kelemahan dan ketidakmampuan beliau sendiri.

Jangan jadi seperti kisah bangau yang memindahkan beban kesalahan kepada orang lain. Bukan Anwar dan PR yang menajdi ancaman kepada ekonomi dan negara sebenarnya.Sebaliknya pemimpin yang lemah seperti Pak Lah lah. Sambil didokong oleh sebuah parti yang porak peranda dan rosak seperti BN.
"

No comments

Powered by Blogger.