TV3, Media Arus perdana menghangatkan isu kaum
"Baru-baru ini TV3 dan media arus perdana sudah mula menghidangkan rakyat Malaysia dengan cerita-cerita yang mirip kepada pergaduhan, amuk, rusuhan kaum dan agama. Tidak lain, tidak bukan ini boleh dilihat selari dengan isu semasa sekarang ini.
Ya, memang kita tidak nafikan hampir keseluruhan hidup kita masa ini dipengaruhi oleh media. kita makan ikut media, kita berfikir ikut media, kita tidur ikut media bahkan kita berakpun ikut media.
Kalau media kita di Malaysia ini khususnya media pandang dengar seperti TV1,TV2 dan TV3 asyik menghangatkan isu ini, maka tunggulah saatnya akan meletuplah isu ini dan terjadi satu demi satu pembunuhan kerana alasan perkauman.
Tiada siapa yang untung melainkan mereka yang mahukan ini terjadi. Orang seperti Ahmad Ismail hanya ingin menunjukkan bahawa dialah yang berani kerana beliau tahu parti pemerintah tidak akan dapat berbuat apa-apa kepada beliau... sepatutnya beliau boleh di kenakan ISA dan banyak lagi akta boleh dikenakan. Kerana beliau tahu beliau adalah ahli UMNO.
UMNO sendiri sebenarnya satu parti berasaskan kaum! Dan apabila ahli-ahli UMNO bercakap maka ia mewakili suara UMNO (United Malay Nasional Organisation), ia dilihat mewakili suara orang melayu. Tidak secara langsung orang Melayu yang bukan ahli UMNO juga terkena...kerana mereka menjajakan nama Melayu sedangkan hakikatnya parti UMNO bukanlah mewakili semua orang Melayu..UMNO bukan mewakili semua orang Malayu, itu adalah hakikatnya.
Bukan itu sahaja, MCA (Malaysian CHINESE), MIC (Malaysian INDIAN) adlah parti berasaskan kaum.. maka BN adalah gabungan parti-parti perkauman di Malaysia. Ini tidak termasuk PBB sarawak, GERAKAN, PPP. PBS..
Tapi tidak semestinya mereka ini mewakili kaum mereka, itu hanya nama sahaja.
Maka mereka-mereka yang berada dalam parti-parti perkauman ini hendaklah menjaga mulut mereka..menjaga kata-kata mereka kerana "KERANA MULUT BADAN BINASA"
Berbalik kita kepada media, kalau dilihat dan diperhati betul-betul tidaklah sehangat mana pun isu ini. Kerana medialah isu ini jadi panas, membara dan mungkin disuruh menyala!
Media seharusnya bersikap professional, tapi apa nak buat lesen dikeleuarkan oleh parti pemerintah maka dengan sendirinya media utama ini adalah milik pemerintah. Dalam pemilikan itu mestilah ada sesoarang yang memainkan peranan.
Maka saya cadangkan , cukuplah media di Malaysia sebagai hiburan dan menyampaiankan berita-berita luar negara yang dibeli (reuters, dsbnya) sahaja kerana kredibiliti media kita sudah menurun, kalau 10 berita diberikan, 4 sahaja boleh pakai, yang lain tidak tepat dan umpama racun fikiran. Oleh itu rakyat sering membuat rujukan kepada media alternatif seperti internet dan berita luar negara.

No comments
Post a Comment