zaid lebih bermaruah dari ibrahin ali

BARANGKALI ada yang beranggapan tindakan Zaid Ibrahim (foto) melepaskan jawatan menteri kabinet selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kerana beliau kecewa. Bukan sangat kerana pandangan beliau disanggah oleh Syed Hamid Albar dan beberapa menteri ekoran sikapnya mengenai tidak setuju dengan tindakan kerajaan menggunakan akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan individu tertentu di bawah ISA, tetapi kerana hal lain.

Mungkin ada beranggapan beliau kecewa dan hilang kepercayaan kepada Umno apabila beliau tidak cukup pencalonan untuk mengekalkan ketua bahagian Umno Kota Bharu yang pernah dimenanginya.
Apapun tanggapan dan apa hakikat sebenar disebalik tindakan beliau itu kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Zaid. Kerana ternyata beliau lebih baik dan bermaruah berbanding Ibrahim Ali.

Beliau berjaya menunjukkan rasa tanggungjawabnya. Dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya di Putrajaya pagi ini Zaid kekal dengan keputusannya, melepaskan jawatan yang menjadi kegilaan ahli politik itu.
Maknanya beliau tidak menghiraukan kepada rayuan dan permintaan Abdulah Ahmad Badawi agar beliau berfikir. Tikit percutian dua minggu tidak diambil dan dilayan oleh Zaid.

Keputusan itu dibuat mungkin setelah rayuan dan permintaannya kepada Abdullah ketika berjumpa semalam tidak dilayan.
Mungkin Zaid mendesak agar Abdullah membebaskan Teresa Kok dan Raja Peutra Kamaruddin. Ataupun juga beliau meluahkan apa yang berlaku dan sedang dilakukan oleh seseorang di Kota Bharu yang menyebabkan beliau tidak cukup pencalonan.

Apabila desakan dan rayuan atau rintihan itu tidak didengar oleh Abdullah, jadi untuk apa beliau tunggu lagi. Jelas beliau sudah tidak sehaluan dan sejalan dengan Abdullah. Maka jalan baru perlu diambil.

Keputusan dan tindakan Zaid itu lebih bermaruah dan bertanggunjawab daripada Muhyiddin Yaasin yang berani mengkritik Abdullah tetapi masih kekal berada di bawah dagu perdana menteri.

Mungkin juga beliau berbuat begitu ingin menguji sejauh mana moral dan maruah politik Muhyiddin. Muhyiddin tidak boleh menerima Abdullah sebagai ketua lagi apabila beliau meminta peralihan kuasa disegerakan. Sepatutnya Muhyiddin lebih awal berundur dari kabinet Abdullah berbanding dengan Zaid.

Keputusan Zaid itu menyusahkan Abdullah yang dalam susah dan pening kini. Tetapi sebagai rakyat marhaen yang merindui keadilan, kerajaan bermaruah kita angkat tabik 44 kali kepada Zaid atas keputusan itu. Dan tabik itu boleh ditambah sebanyak 44 kali lagi sekiranya beliau mengambil jalan benar dengan menyertai Pakatan Rakyat.

Sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu ketika beliau berdelima dengan masalahnya samada diberi kerusi untuk bertanding atau tidak di Kota Bharu saya sudah mencadangkan kepadanya agar menyertai PKR dan bertanding di Kota Bharu. Ketika itu beliau masih berat untuk berbuat demikian kerana masih ada hati kepada Umno.

Apakah setelah apa yang berlaku sudah berlaku hati beliau yang sebelum ini memiliki sisa Umno atau sudah jadi kering garing?

Pada saya tidak mengapa kalau pun beliau tidak menyertai PKR, apa yang beliau lakukan itu sudah membantu PKR yang kini dalam bersiap sedia untuk membentuk kerajaan. Seburuk-buruk Zaid Ibrahim dari kaca mata Pas Kelantan, lebih buruk lagi Ibrahim Ali yang kini sedang hanyut dalam lautan tidak berombak dan beralun.

mso...

yb tok him...hari tu bukan main lagi dok berceramah nak lawan pak lah la....nak lawan sampi berlari atas meja dewan rakyat tu....sekarang apa kes? tok jangan ingat tok hebar bermain politik.....rakyat sekarang lagi hebat saya nak bagitau tok him..

jangan menganggap diri kita adalah yang paling hebat sedangkan tok him kena menilai sekarang anda berada di mana?

2 comments

Putra IJ80 said...

quote"kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Zaid. Kerana ternyata beliau lebih baik dan bermaruah berbanding Ibrahim Ali"unquote.

Mak ooiii!!! satu perbandingan antara bumi dgn langit bunyinya.

Ibrahim Ali bukan tarafnya.

Katak.... dgn Ular atau Haruan ade le lojiknya.

Jgn Maree!!!!!

CIKGU SB said...

Ya,'quit'adalah tindakan tepat Zaid berlandaskan prinsip perundangan, selaras dengan jiwa beliau sebagai pengamal undang-undang, beliau melihat cabaran reformasi dari dalam UMNO amat perit dan sukar. Manakan tidak , kalau dirombak dan dibersihkan sistem kehakiman dari sifat biasnya, maka ramai pak-pak menteri bakal diseret ke penjara akibat sabitan Rasuh ....Salam tabik hormat dari merdekadaily.blogspot

Powered by Blogger.