pemimpin umno berselindung sebalik sultan!

Di SHAH ALAM, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Sultan Selangor dan Persidangan Majlis Raja-Raja tentu melihat apa yang berlaku di Perak bukan isu kecil atau terasing.

"Kedudukan raja-raja termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri. Apabila ada pihak bertindak bertentangan dan tidak menghormati apa yang diputuskan Sultan Perak, tentulah kerabat diraja dan Sultan bukan setakat simpati tetapi harus mengeluarkan pandangan supaya apa yang berlaku itu tidak terkeluar daripada batas tatasusila, Undang-Undang Tubuh negeri dan semangat Perlembagaan," katanya ketika ditemui selepas menyertai Kejohanan Golf Persahabatan Enterprise 50 di Kota Permai & Country Club di sini, semalam.

Di TELUK INTAN, Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT), Datuk Seri Rais Yatim, berkata perbuatan biadab pihak tertentu terhadap Sultan Perak boleh dielakkan jika Raja-Raja Melayu mempunyai kekebalan kukuh daripada undang-undang.

"Justeru, kekebalan itu harus dikekalkan kerana menyentuh tonggak kedaulatan institusi Raja yang wajar dipertahankan sepanjang masa," katanya selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Umno Bahagian Teluk lntan, Pasir Salak dan Bagan Datoh di sini, semalam.

Rais berkata, konsep kekebalan Raja daripada undang-undang akan meletakkan kembali kedudukan Sultan di tempat disegani dan dihormati oleh semua pihak.

Di JOHOR BAHRU, Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata pemimpin politik sepatutnya lebih memahami Perlembagaan dan tidak mencampurkan emosi dalam soal undang-undang negara.

"Titah Sultan Selangor perlu diambil perhatian... kerana dalam sistem demokrasi negara ini berbeza dengan negara lain berikutan sejarah dan keadaan negara kita. Kita tak boleh hanya menggunakan hujah secara logik dan berasaskan fahaman politik sendiri," katanya.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata institusi diraja adalah warisan yang perlu dihormati oleh semua kelompok masyarakat.

"Institusi Raja-Raja Melayu sudah wujud beribu tahun sebelum negara merdeka dan kesinambungannya diteruskan hingga ke hari ini," katanya.


takleh nak kata gak kat de[a..kan ada pemilihan parti nanti..kira sekarang pakat nak tunjuk baik dan alim kat rakyat....padahal kat punggung masing2 ada tahi...sapa bagi tanah kat orang asing? sapa pinda pelembagaan hina sultan? sapa suruh siasat sultan? hoi umno..jangan buat alim la...mat tahi pun...aku jijik sangat dah dengan hang!

No comments

Powered by Blogger.