ALOR SETAR [1.37 am] - Belum pun sampai seminggu UMNO dan BN yang diketuai oleh
Najib Razak "merampas kuasa" di negeri Perak, kini khabarnya mereka sudah mula melebarkan sayapnya pula ke negeri
"Jelapang Padi" Kedah Darul Aman. Najib seboleh-bolehnya akan menggunakan segala kekuatan, jentera dan kewangan untuk
"membeli" serta
"memaksa" ADUN-ADUN Pakatan Rakyat terutamanya dari
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai UMNO dan Barisan Nasional. Agenda beliau jelas, dimana Najib mahu seboleh-bolehnya tiga negeri utama yang dikuasai Pakatan Rakyat dengan
"majoriti mudah" seperti
Perak, Kedah dan Selangor dirampas semula secara paksa sebelum beliau mengambil alih kuasa. Biarpun rakyat kecewa dan melihat senario ini, namun itulah wajah sebenar anakanda mantan PM
Allahyarham Tun Abdul Razak ini. Kelibatnya jauh sekali bagai
"langit dan bumi" jika mahu dibandingkan dengan ayahandanya itu. Kini Najib menggerakkan seluruh kekuatan juak-juaknya untuk mengganyang pula Kerajaan Negeri Kedah. Berbagai isu-isu sensitif yang akan dibangkitkan bagi mengelirukan rakyat. Modus Operandinya hampir sama denngan apa yang dilakukan di Perak dulu. Bermula dengan
"umpan wanita" seterusnya
"rasuah". Inilah yang berlaku kepada dua ADUN PKR yang merupaka
Exco Kerajaan Negeri Perak dulu. Kini mereka akhirnya tewas dengan pujukan, gertakan dan kemewahan yang dijanjikan oleh Najib sekiranya mereka bersama BN.

Khabarnya orang-orang Najib sudah mula menggempur Kedah sekarang. Bermula dengan isu exco membawa wanita bukan isterinya dalam majlis rasmi kerajaan negeri hinggalah ke isu-isu rasuah yang sudah pasti akan dibongkarkan dalam masa terdekat ini. Ini semua adalah perancangan jahat Najib Razak dalam usaha
"membalas dendam" atas apa yang berlaku di
Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dalam dua pilihanraya kecil yang lalu. Najib sebolehnya mahu jadi Perdana Menteri dalam keadaan yang cukup selesa. Maka itu, kita tidak hairan bagi menjayakan projek beliau ini, kekerasan, paksaan, ugutan yang boleh mengamcam keselamatan juga bakal dilakukan. Ini semua adalah dengan kerjasama pihak-pihak yang tidak sepatutnya. Namun, dek kerana mereka takut dengan ancaman Najib maka gerakan ini diteruskan. Terkini, kami mendapat maklumat dari Kedah Darul Aman yang mengatakan seorang
Exco Kerajaan Negeri iaitu YB Arumugan a/l Vengatarakoo, iaitu ADUN Bukit Silambau (foto) dari PKR telah meletakkan jawatannya malam tadi. Ini berikutan beliau tidak tahan lagi dengan tekanan dan ugutan supaya beliau melompat parti. Akibat bimbang dengan keselamatan keluarganya, maka beliau terpaksa mengundur diri dan meletakkan jawatan secara terhormat. Perkara ini telah disahkan. Ini bermakna satu lagi
pilihanraya kecil akan diadakan iaitu di
kerusi DUN Bukit Selambau Kedah dalam masa terdekat ini. Tahnih kita ucapkan kepada YB Arumugan, biarpun beliau bukan beragama Islam namun atas dasar maruah dan harga diri serta tidak mahu mengecewakan para penyokongnya beliau lebih rela mengambil keputusan berundur dari menerima habuan
"rasuah" dari puak-puak UMNO. Berbeza sekali dengan tiga ADUN PKR di Perak yang kononnya beragama Islam, namun sebenarnya mereka tiada maruah dan harga diri serta lebih rela dijual beli tanpa memikirkan impaknya di kemudian hari nanti.
http://kedahlanie.blogspot.com/
No comments
Post a Comment