Sejarah Penderhakaan: Satu Renungan Untuk Umno


Dalam isu “derhaka” kepada Sultan yang sedang hebat di promosikan oleh media-media munafik sekarang ini, suka saya perturunkan hanya secebis dari unsur-unsur penderhakaan oleh Umno dan kroni-kroninya sejak dari dahulu lagi.

Umno tak usah nak berselindung dengan lalang sehelai dalam soal “menderhaka” kepada raja khususnya Umno Kelantan.

Pemuda Umno yang baru tumbuh gigi yang berkobar-kobar nak pertahankan sultan tu pergi semak balik apa yang Umno Kelantan telah lakukan kepada Sultan Kelantan. Jangan nak jadi juaralah…

Kisah demontrasi depan pejabat Umno Negeri Kelantan dan pertabalan serta beberapa perhimpunan membantah Tuanku al-Sultan bukan rahsia lagi kepada rakyat Kelantan.

Jadi, janganlah nak tunjuk “kemunafikan” dalam soal ini. “Pergerakan Budak-Budak” Kota Bharu ni jangan buat malu abang-abang pemuda yang lalulah… mereka dah buat apa yang “adik-adik” buat ni kat Sultan Kelantan.

Belajarlah mengenal sejarah dulu…….

Mahu Peguam Negara bertindak – Pemuda Umno Kota Bharu

KOTA BHARU - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu membuat laporan polis memohon Peguam Ne-gara mengambil tindakan undang-undang ke atas Pe-ngerusi DAP, Karpal Singh.

Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu, Wan Abdul Rahman Wan Ismail berkata, laporan tersebut dibuat berhubung tindakan melampau Karpal yang ingin menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

“Bagi kami tindakan yang dibuat olehnya itu sebagai mencabar institusi Raja-Raja Melayu serta Perlembagaan Tanah Melayu sekali gus memecah belah perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Cawangan Kota Bharu kira-kira jam 2.57 petang bersama 50 Pemuda UMNO yang lain, di sini semalam.

Katanya, sikap yang ditunjukkan Karpal itu boleh membangkitkan sentimen perkauman di negara ini dan dengan itu mereka berharap pihak peguam negara dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Wan Abdul Rahman berkata, mereka akan sentiasa berdiri teguh di belakang dan cuba mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Menurutnya, Karpal Singh jangan anggap kaum Melayu dayus dan mereka akan tetap memperjuangkan hak orang-orang Melayu di mana mereka tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang.

Sumber : Sinar Harian

Perlantikan sultan bukan isu baru
BH 13/03/1993

KETIKA berucap di Dewan Rakyat Isnin lalu, mengenai Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993, Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menyesali dakwaan Sultan Kelantan bahawa persidangan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang itu tidak sah.

Dr Mahathir berkata, jika Dewan dikatakan tidak sah oleh Sultan Kelantan, “Dewan juga boleh mendakwa atas sebab-sebab yang berasas kemungkinan perlantikan dan penabalan beliau sebagai Sultan Kelantan tidak sah.” Kenyataan Perdana Menteri segera disangkal oleh ketua Semangat 46 (S46) Kelantan merangkap Timbalan Menteri Besar negeri itu, Rozali Isohak.

Setelah itu menyusul pula kenyataan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim, dalam Dewan juga mendakwa waris Kesultanan Kelantan yang sebenar ialah Tengku Ibrahim Petra, anak sulung Tengku Indera Petra dan bukan Sultan Ismail Petra yang memerintah sekarang.

Shahidan menambah Sultan Ismail tidak layak menduduki takhta kerana ayahandanya Almarhum Sultan Yahya Petra dilahirkan hasil perkahwinan Sultan Ibrahim dengan seorang wanita yang bukan Sultanah Kelantan.

MT Umno sokong rakyat Kelantan

BH 13/04/1993

KUALA LUMPUR, Isnin - Majlis Tertinggi Umno (MT) hari ini membuat keputusan menyokong tindakan rakyat Kelantan menghantar memorandum membantah pembabitan Sultan Kelantan dalam politik. Presiden Umno, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata, MT dukacita memorandum yang dihantar itu tidak diterima oleh pihak istana Kelantan.

Syor perhimpunan dapat sokongan
BH 07/04/1993

KOTA BHARU, Selasa - Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Bharu berpendapat langkah beberapa pertubuhan sukarela di Kelantan akan mengadakan perhimpunan rakyat bagi menyatakan bantahan terhadap Sultan Kelantan membabitkan diri dalam politik, sebagai suatu tindakan wajar. Ketuanya, Tuan Hashim Tuan Yaacob, berkata walaupun perhimpunan itu tidak dianjurkan oleh Umno tetapi sebagai parti yang turut mewakili sebahagian rakyat di Kelantan, ia perlu diberi perhatian di atas kehendak mereka.

Ismail cemarkan institusi raja
BH 06/03/1993

KUALA LUMPUR, Jumaat - Pergerakan Pemuda Umno menyifatkan tindakan Sultan Kelantan mempertikaikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-161 (Khas) dan undi proksi yang diberikan kepada Sultan Kedah sebagai menjatuhkan maruah dan martabat institusi itu serta imej raja-raja. Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata sebagai anggota Majlis Raja-Raja, Sultan Ismail harus mematuhi peraturan mesyuarat majlis itu dan tidak membuat bantahan secara terbuka terhadap sesuatu yang tidak memuaskan hatinya.

No comments

Powered by Blogger.