Waspada Pakatan Rakyat: 4 Bom C4 Belum Diletupkan!!

Oleh pendikargunung

" Apabila mayat Sharibuu Altantuya ditemui dalam keadaan hancur berkecai kurang lebih 3 tahun dahulu, ramai yang sedih dengan cara wanita malang itu dibunuh. Kejam, sungguh kejam!! Bom yang sepatutnya digunakan untuk mmeletupkan bangunan tapi diletakkan d badan seorang wanita cantik dan sexy dan kemudian diletupkan. Kejam, sungguh kejam! Bukan kejam kerana wanita itu cantik, bukan kejam kerana wanita itu sexy, tapi ia kejam kerana yang diletupkan ialah manusia, bukan bangunan, bukan bukit, bukan pokok, bukan gunung.

Jika diletupkan seekor harimau ganas pun pasti jiwa kemanusiaan kita bergetar, apa lagi jika ianya manusia seperti Altantuya.

Dan kelmarin berlaku 2 peristiwa besar:

i) Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Koperal Sirul Azhar sambil menangis terisak-isak memberitahu mahkamah beliau adalah 'kambing hitam' yang dibicarakan bagi melindungi 'seseorang' yang tidak berada di mahkamah. Siapa 'seseorang' itu hanya beliau yang tahu kerana ia tidak disebut di mahkamah. Ada yang menyatakan Razak Baginda, tetapi Razak pernah dibawa ke mahkamah, walaupun kini beliau telah bebas. Jadi ia bukan Razak. Ada yang berkata ia boss Razak, orang yang pernah namanya disebut di mahkamah sebagai pernah bergambar dengan wanita cantik itu dan mengikut Akuan Sumpah Balasubramaniam orang yang sama pernah berbulan madu di Singapura bersama wanita Mongolia itu.

Antara orang itu dan Altantuya mungkin tiada hubungan, tapi di Malaysia yang berita rasminya tidak telus ini ramai yang menjadi nujum kerana semunya mungkin dan mungkin. Mungkin betul, mungkin tidak. Yang pasti Sirul yang dikambing hitamkan itu bakal dikorbankan bagi melindungi 'seseorang'. Dan satu lagi yang pasti, Altantuya telah dibunuh dengan kejam dengan bom maha kejam bernama C4, bom yang hanya boleh dikeluarkan dari simpanannya dengan kelulusan seseorang yang bertaraf Menteri sahaja. Itu 2 kepastian yang tidak dapat ditolak.

ii) Kelmarin juga kerajaan negeri yang dipilih rakyat ditumbangkan dalam satu rampasan kuasa yang dipimpin oleh seorang yang tidak berpangkat general bernama Najib. Beliau melakukannya mengikut tradisi parti BN yang pernah melakukannya di Terengganu pada 1961 dan di Sabah pada 1994. Kini ulang tayang wayang yang sama dilakukannya di Perak pula. Beliau merampas kuasa tanpa ingin merujuk kepada rakyat, tanpa perlu pilihanraya, kerana jika dirujuk kepada rakyat partinya mungkin sukar untuk menang berdasarkan 'mood' rakyat terkini. Jadi beliau membuat pilihan untuk meletupkan peti undi, meletupkan amanat rakyat dalam PRU ke-12 untuk menguasai semula Perak melalui jalan belakang. Bom apa yang digunakan bagi meletupkan peti undi, bagi meletupkan amanat rakyat? Ia bukan calang-calang bom. Mereka menculik 2 ADUN PKR, menyembunyikannya di Pahang, mencolek ADUN Bota dan akhirnya Najib membuat kenyataan yang mengejutkan di Putrajaya: BN bakal membentuk kerajaan di Perak. Letupan yang menggegarkan, letupan yang sungguh kuat sehingga kerajaan yang sah dipilih rakyat akhirnya terburai di persada demokrasi. Bom yang digunakan pasti C4, ya C4!!

Satu lagi bom C4 telah diletupkan di Perak kelmarin. Kerajaan-kerajaan negeri PR yang lain perlu berwaspada kerana masih ada 4 unit bom tersebut yang belum diletupkan lagi!!

Oleh: pendikar gunung kriang

http://pendikargunung.com/"

No comments

Powered by Blogger.