PPSMI Lagi: Pengukuhan Penolakan
Saya ingin lagi bercakap tentang PPSMI. Saya, seperti yang diketahui menyokong supaya PPSMI dimansuhkan. Hujah saya ialah masalah komunikasi. Pelajar-pelajar sekolah rendah yang ramai terutamanya di luar bandar yang tidak pernah terdedah dengan keupayaan bertutur bahasa Inggeris atau memahami butir bicara dalam bahasa itu akan lebih bermasalah untuk memahami sains dan matematik kerana diajar dalam bahasa yang sangat asing bagi mereka.
Tidak semua anak-anak Melayu terdedah dengan bahasa Inggeris di rumah melainkan di bandar-bandar yang orang-orangnya kononnya dikatakan lebih maju dan jengkel untuk berbahasa Melayu. Namun, saya tidak menolak keharusan pendekatan PPSMI ini digunakan di peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat menengah atau universiti di mana para pelajar sudah sedikit banyak tahu dan telah didedahkan dengan bahasa Inggeris.
Hari ini saya berada di Seminar Islam dan Sains: Dakwah dalam Alaf Ketiga. Saya agak terkejut kerana profesor-profesor sains dan doktor-doktor dalam bidang sains sepakat mengatakan bahasa sains dan matematik tidak perlu diajar dalam bahasa Inggeris malah tidak boleh diajar dalam bahasa Inggeris di mana bahasa pertuturan anak-anak di rumah adalah bahasa Melayu.
Saya menyangka mereka yang terdidik dalam bidang sains ini akan mempertahankan PPSMI namun pada hari ini barulah saya tahu [dan benarlah jangkaan ramai pihak] bahawa PPSMI adalah suatu dasar yang dibuat terlebih dahulu tanpa sebarang kajian. Ya, PPSMI dibuat tanpa ada kajian dan tidak merujuk kepada pakar dalam bidang sains dan matematik pun, tetapi hanya menggunapakai rujukan orang-orang politik. Ini mengukuhkan penolakan saya terhadap PPSMI.
Di bawah ini ialah beberapa pendapat yang saya tulis kembali secara bebas dari hujah para pembentang kertas kerja pada seminar pada hari ini:
Dr. Ratna Rashida Ab. Razak, Universiti Sains Malaysia (USM)
Dr. Ratna mengatakan daripada kajian yang dilakukan, menunjukkan penurunan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains disebabkan PPSMI malah sebenarnya tiada kejayaan yang memberangsangkan dalam mata pelajaran tersebut.
Menurut Dr. Ratna lagi PPSMI menunjukkan kecelaruan pendidikan. Dalam mendidik, bahasa adalah mediumnya. Bahasa adalah medium pendidikan, dan medium itu mestilah medium yang memudahkan dan pendidikan itu diterima. Matlamatnya ialah untuk memahamkan ilmu sains kepada para pelajar. Justeru, kalau bahasa Inggeris yang para pelajar itu tidak faham digunakan, ia akan menambah ketidakfahaman kepada bahasa dan sains itu sendiri.
Katanya lagi, ilmu perlu dipermudahkan untuk difahami. Kalau pelajar tidak faham ilmu itu diterangkan dalam bahasa Inggeris, maka terangkanlah dalam bahasa Melayu, terangkanlah dalam bahasa Cina atau terangkanlah dalam bahasa India, bahasa Arab, Jawa, dan segala macam dialek yang mereka boleh faham.
Prof. Dr. Khalijah Mohd. Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Menurut Dr. Khalijah Mohd. Salleh, bahasa adalah wahana penyerapan ilmu. Ilmu itu diserap dengan bahasa yang seseorang itu faham. Di Malaysia, orang Melayu bercakap bahasa Melayu [yang tidak mahu jadi Melayu sahaja bercakap dalam bukan bahasa Melayu].
Penggunaan PPSMI telah menyebabkan “kuasa menyerap ilmu itu jatuh”. Para pelajar tidak dapat menyerap atau memahami ilmu itu dengan baik disebabkan mereka tidak faham apa yang sedang diperkatakan.
Menurut Prof. Khalijah lagi psikologi kanak-kanak dan pelajar peringkat rendah yang “dipaksa” belajar dalam bahasa yang tidak mereka fahami; bahasa Inggeris. Ini menyebabkan mereka terpaksa dan tertekan serta terbeban. Mereka melakukan sesuatu yang mereka tidak faham sebenarnya.
Apabila melangkah keluar dari pintu sekolah, mereka bercakap dalam bahasa Melayu bersama kawan-kawan dan bersama keluarga. Mereka bermain dan bercakap dalam bahasa Melayu. Mereka bersosial dan bercakap dalam bahasa Melayu. Mereka lebih terdedah dengan bahasa Melayu.
Di rumah, ibu bapa yang tidak tahu bahasa Inggeris tidak lagi dapat menolong anak-anak mereka kerana masalah bahasa itu. Di sekolah, anak-anak diajar dalam bahasa Inggeris, di rumah ibu bapa melihat buku dalam bahasa yang tidak mereka fahami, bagaimana mahu membantu anak-anak belajar?
Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusof Hj. Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Prof. Dr. Mohd. Yusof Othman dalam mengukuhkan hujahnya memberikan contoh-contoh yang lebih mudah. Kalau Tun Dr. Mahathir cuba menyenaraikan beberapa istilah sains dalam bahasa Inggeris yang menurutnya tidak boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu, Prof. Dr. Mohd. Yusof membuat perbandingan begini:
Di negara Barat tidak ada buah durian. Pelancong yang datang ke Malaysia diperkenalkan bahawa itulah buah durian dan sebutannya pun “durian”. Macamana benda itu hendak diterjemahkan dalam bahasa Inggeris? Dan persoalannya lagi kenapa pula mesti hendak diterjemahkan dalam bahasa Inggeris kerana itulah “nama khas” bagi durian.
Di Malaysia, buah epal datang dari negara Barat. Kenapa kita tidak terjemahkan “epal” dalam bahasa Melayu. Ya, sebab namanya epal. Justeru, kalau namanya durian, durianlah, kalau namanya epal, maka epallah. Apa masalahnya? Dalam sains dan matematik juga begitu.
Apa susahnya hendak mengajar kanak-kanak sekolah rendah dengan “satu campur satu jawapannya dua” (1 + 1 = 2). Bukankah kanak-kanak faham “satu campur satu jadi dua” dalam bahasa Melayu itu, kenapa pula hendak dipersulitkan dengan bercakap dalam bahasa Inggeris. Ia tambah menyulitkan.
Mengajar kanak-kanak membuat eksperimen sains di peringkat rendah, bukankah mudah mengajar dan memberitahu mereka dalam bahasa Melayu yang mereka faham? Kenapa hendak disusahkan lagi bercakap dalam bahasa Inggeris. Bercakap sajalah dalam bahasa yang mereka faham.
Bayi umpamanya, kita sering bercakap “mamam” untuk menyuruhnya makan. Kita tidak menggunakan perkataan “makan” pada waktu itu kerana bayi pada waktu itu faham “mamam”, maka tak mengapalah, pakai sajalah kata “mamam” itu kerana itu yang dia faham. Apabila dia sudah besar, kita ajar pula dia dalam bahasa “makan”.
Ertinya, dalam pedagogi, kita kena menggunakan bahasa dan pendekatan yang meereka boleh faham supaya ilmu itu sampai kepada mereka. Kata Prof. lagi, “apa susah sangat ke hendak menyuruh pelajar buat eksperimen sains dalam bahasa Melayu sehingga terpaksa guna bahasa Inggeris?”
Persoalannya, betulkah sains dan matematik ilmu dan buku-bukunya hanya banyak dalam bahasa Inggeris? Inggeris sebenarnya melakukan usaha terjemahan dengan penuh komitmen dan sungguh-sungguh supaya ilmu itu difahami dalam bahasa mereka.
Tokoh-tokoh Islam seperti Ibn Sina, Al-Biruni, Ibn Khaldun semua karya-karya mereka diambil Barat diterjemahkan dalam bahasa Ienggeris supaya semua orang Barat cepat faham dan menyerap ilmu itu dalam bahasa mereka. Sepatutnya kalau menggunakan pendekatan PPSMI, mereka perlu mengajar dalam bahasa Arab kerana tokoh-tokoh Islam itu menulis dalam bahasa Arab.
Menyentuh tentang terjemahan ini, memang tradisi kelilmuan menggalakkan terjemahan. Soal terjemahan memerlukan kos yang tinggi, memanglah tinggi kerana itulah tradisi keilmuan. Itulah cara mengembangkan ilmu. Barat, China, Jepun, India hatta Indonesia sekalipun aktif melakukan kerja-kerja terjemahan bagi mengembangkan ilmu. Dan dalam terjemahan ini, pakailah konsep “durian dan epal” tadi, katanya.
Menurut Prof. Dr. Mohd Yusof lagi, hendak mengajar sains, mestilah faham epistemologi sains. Adalah salah belajar dan mengajar sains tetapi menggunakan epistemologi bahasa. Adalah salah mengajar bahasa tetapi menggunakan epistemologi matematik.
Contoh akhir, kita semua belajar agama Islam asalnya dalam bahasa Melayu. Al-Quran dalam bahasa Arab. Hadith dalam bahasa Arab. Namun, kita semua di alam dan dilahirkan dalam keluarga Melayu, maka demi memahami Islam, kita diajar dalam bahasa Melayu. Yang kena kekal dalam bahasa Arab itu kita kekallah seperti ayat-ayat al-Qurannya.
http://nizammatsaari.com/blog/?p=597

No comments
Post a Comment