Mas rugi RM695 juta, industri perkapalan bertahan hingga 18 bulan sahaja
“Sudah dijangka” Itulah perkataan pertama yang ditulis oleh wartawan Utusan Malaysia, Sarah Nadlin Rohim terhadap laporan kerugian sebanyak RM695 juta yang dicatatkan Malaysian Airline System Bhd. (MAS) pada suku pertama tahun ini.
Ianya satu ungkapan sinis penuh makna yang mengikat perhatian rakyat terhadap aktiviti MAS yang sentiasa mengalami kerugian sejak beberapa tahun terakhir ini.
Sesuatu perlu dilakukan oleh pihak pengurusan MAS sekarang. Sarah juga menjelaskan bahawa;
“Kebanyakan penganalisis berpendapat, MAS akan terus berada dalam ‘zon merah’ (rugi) sepanjang tahun ini, walaupun pihak pengurusan syarikat penerbangan itu yakin dapat memperoleh keuntungan pada suku-suku seterusnya melalui penggunaan Standard Laporan Kewangan 139 (FRS 139)”
Hakikatnya MAS tidak boleh bergantung pada format laporan kewangan FRS 139. Mengubah format laporan tidak memberikan makna yang besar kerana apa yang diperlukan adalah perubahan kepada strategi pemasaran dan pewujudan strategi mapan bagi membendung inflasi dalam sektor penerbangan yang dipengaruhi oleh faktor harga bahan api.
Jadi perlu ada alternatif sumber kewangan atau pengubahsuaian cara operasi kerja agar MAS mampu bertahan dan terus bersaing disamping menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Sementara itu wartawan Utusan Malaysia, Ainul Asniera Ahsan pula menulis tentang situasi Industri perkapalan yang kian tenat. Industri perkapalan melalui jalan laut ini dinaungi oleh Persatuan Pengusaha-Pengusaha Perkapalan Malaysia (SAM) yang dianggotai oleh 25 pemain utama yang majoritinya syarikat antarabangsa.
Ainul menyebut menyatakan bahawa dalam keadaan sekarang Industri ini hanya mampu meneruskan kelangsungan operasi antara 12 hingga 18 bulan sahaja.
Sekiranya masalah semakin meruncing, tidak mustahil industri perkapalan di negara ini terpaksa bergabung atau melaksanakan rasionalisasi sementara menunggu ekonomi kembali ke landasan sebenar.
Pengerusi SAM, Ooi Lean Hin berkata, berdasarkan situasi semasa, volum perdagangan dijangka menjunam 20 peratus tahun ini, lebih teruk berbanding 2008, seiring dengan petunjuk kejatuhan sektor pembuatan sebanyak 26 peratus.
Oleh itu Kerajaan juga perlu melihat masa depan Industri ini kerana apa yang berlaku pada mereka dalam tempoh 18 bulan akan datang akan memberikan impak kepada nilai Eksport negara.
Ini sekaligus akan menyebabkan masalah pengangguran dan lambakkan jentera perkapalan yang tidak digunakan. Alternatif penyelesaian perlu dibincangkan supaya syarikat-syarikat ini boleh diberikan ruang meningkatkan aktiviti dalam negara dan juga sekitar negara ASEAN khususnya.
Kedua-dua industri pengangkutan ini memainkan peranan utama bagi ekonomi negara dan Kerajaan tidak boleh tidak harus berbincang dengan pemimpin Pakatan Rakyat untuk mencari kaedah terbaik menangani isu ini.
Ekonomi negara kita tidak sama dengan Amerika. Di sana walaupun mereka diwar-warkan mengalami keruntuhan ekonomi, namun nilai aset Amerika diseluruh dunia lebih besar berbanding nilai aset gabungan negara-negara Islam di teluk.
Maka, mereka tidak akan rugi mana berbanding negara kita yang kecil dan mempunyai aset yang terhad. Jadi fikirkanlah. Kita tidak mahu memiliki terlalu banyak kapal tapi yang mampu digunakan hanya beberapa buah sahaja, yang lain tersadai begitu sahaja tanpa muatan dan kegunaan.

No comments
Post a Comment