BN mahu manafaatkan sepenuhnya Kesedar
Oleh Mohd Zuharman
KUALA KRAI, 29 Jun – Pemilihan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, disifatkan sebagai usaha Barisan Nasional (BN) untuk mempastikan rangkaian kerja Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) digunakan sepenuhnya untuk mempastikan kemenangan calonnya di Manek Urai.
Ini kerana, Tuan Aziz adalah pegawai kanan Kesedar yang luas pengaruhnya sehingga disebut-sebut bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Kesedar.
Kesedar pula antara badan kerajaan yang sangat berpengaruh di kawasan pilihan raya ini kerana kebanyakan pengundi di sini adalah petani.
Dengan pemilihan beliau, jentera Kesedar dipercayai akan dapat digunakan sepenuhnya bagi mempastikan jentera BN berjalan dengan baik.
Nama Tuan Aziz diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) N41, Dun Manek Urai dan akan berdepan dengan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.
Calon PAS adalah seorang pemborong ikan yang berpengaruh di Kuala Krai. Beliau adalah tokoh akar umbi PAS yang menjadi aset penting parti itu dalam pertandingan kali ini.
Tuan Aziz, calon BN, merupakan anak kepada veteran Umno dikatakan mempunyai pelbagai pengalaman kerja bersama beberapa agensi di Kuala Lumpur sebelum menjawat jawatan sebagai Pengurus Pemantau Projek Kesedar di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Yuk Chai, Kuala Krai, Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra sebelum menyambungkan pelajarannya di Sekolah Menengah Teknik Terengganu kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Teknologi.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin, di kampung Sok Luar, Manek Urai, dekat sini. Turut hadir Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad serta beberapa saf pimpinan Umno dan parti komponen.
Dua hari sebelum itu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersama Presiden Parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah di Padang Majlis Daerah kuala Krai.
Muhyidin berkata, pemilihan Tuan Aziz sebagai calon direstui pimpinan parti termasuk Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua peringkat akar umbi melalui rundingan bersama Umno negeri dan bahagian.
“Kita beri peluang semua untuk kemukakan pandangan. Susahnya kita di Manek Urai ini untuk memilih calon kerana ada ramai tokoh yang layak. Bagaimanapun kita timbang secara halus, untuk meletakkan calon yang diterima pengundi” Kata Muhyidin.
PRK Dun Manek Urai akan diadakan pada 14 Julai ini. Manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 6 Julai. Manek Urai mempunyai sembilan Unit Peti Undi (UPU) dengan kompisisi 12,292 pengundi. 99 peratus adalah terdiri dari pengundi Melayu.
Dun Manek Urai dikatakan kubu kuat Pas berdasarkan fakta sejarah pilihan raya Umno hanya mampu menguasai Dun berkenaan sebanyak dua kali iaitu pada 1974 dan 2004. Selebihnya dikuasai Pas sejak 1969.

No comments
Post a Comment