H1N1: Manusia Sakit, Babi Sihat


Selsema babi, H1N1 semakin merebak ke seluruh kawasan di negara ini. Hal ini sangat membimbangkan semua pihak. Sesungguhnya malang tidak berbau. Apakah senjata utama Malaysia melawan wabak ini tidak pula sebahagian kita mengetahuinya.

Buat masa ini belum ada lagi kes kematian. Tetapi angka pesakit yang menerima wabak ini kian meningkat. Rekod 12 kes sehari. Lalu hal ini telah memberi tekanan yang kuat kepada Kementerian Kesihatan terutamanya sehingga terpaksa menutup beberapa buah sekolah di bandar.

Walaupun sebegitu sekali, kementerian tersebut masih belum mengisytiharkan tahap berjaga-jaga diseluruh negara. Bagi langkah terbaik sebelum lebih malang, kita perlu mengambil langkah pencegahan serta merta seperti menjaga aspek kebersihan dan sebagainya.

Hal yang paling utama marilah sama-sama kita bermohon dengan berdoa kepada ALLAH agar diselamat kita. Mereka yang sakit disembuhkanNya dan yang belum terkena, akan dipelihara ia. Ini adalah benteng utama kita. Insya ALLAH penyakit ini tidak akan terkena kepada kita.

Kita juga tertanya, jika dahulu wabak JE menyerang bangsa cina. Adakah mereka yang kena penyakit selsema babi kali ini ialah orang Cina juga? Mungkin maklumat ini tidak didedahkan. Dan satu lagi, kerajaan tak nak bunuh babi lagi ke walaupun dah bimbang? Cepat-cepatlah elak.

sujud akhir

No comments

Powered by Blogger.