Isu Debat MB Kelantan Vs PM Najib

Syabas Tok Guru ! Nampaknya Tok Guru selaku Mursyidul Am PAS menggorak langkah lebih laju dan mempunyai kaedah sendiri untuk menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara terutamanya berkaitan PAS dan Umno. Kemelut politik yang dimaksudkan mungkin berkaitan isu kerajaan perpaduan yang Umno inginkan ia diteruskan, perampasan kerana PR di Perak dan macam-macam lagi.




Sesungguhnya keberanian berdebat yang dibuat secara terbuka oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz kepada PM, Dato Seri Najib adalah amat wajar dan tepat sekali. Ia perlu disokong dan dialu-alukan. Ia juga umpama peluru hidup yang sedang menuju ke sasaran yang sebenarnya.Sekaligus sebagai petanda bahawa Tok Guru menyimpan niat yang baik dan kaedah tersendiri untuk melihat hubungan ataupun perseteruan antara Umno/Pas dapat diselesaikan melalui debat tersebut.

Mengikut apa yang saya faham bahawa debat ini adalah berpunca dari tindakan jahil politik ataupun rendah minda Pergerakan Pemuda Umno Kelantan yang membuat laporan polis ke atas Tok Guru berhubung dakwaan kononnya berbaur hasutan.Jika ini puncanya, ia tetap releven kerana kalu bukan kerana itupun sememangnya antara Pas/Umno sukar untuk duduk bersama. Ini kerana Umno adalah parti yang merosakkan negara, bangsa dan agamanya sendiri sejak dari dulu lagi. Cuma pemimpin dan ahli Umno sahaja yang belum sedar kerana dibuai keenakan kehidupan duniawi yang diperolehi di atas kuasa yang diamanahkan oleh rakyat.

Dalam hal berdebat ini, saya nak mencadangkan kepada pihak penganjur (jika ada) ataupun jika boleh cadangan ini terus kepada Tok Guru dan PM Najib sendiri yang menyentuh tiga perkara supaya tujuan dan hasil debat tersebut boleh dinikmati ataupun betul-betul dapat menyelesaikan perkara yang berbangkit.

Cadangan pertamanya tentang tajuk debat. Pada hemat saya, tajuk paling sesuai ialah ‘Nik Aziz Kata Umno Menyamai Ajaran Sesat Ayah Pin dan Komunis’. Jika ia menjadi tajuk perdebatan, saya kira ia sangat menarik buat rakyat mengetahui apakah maksud dan hujah yang Tok Guru akan berikan buat PM Najib. PM Najib sudah pasti mempunyai kemampuan untuk menagkis dakwaan Tok Guru tersebut. Sesungguh seluruh rakyat amat terkejut bila Tok Guru boleh berkata sedemikian kepada Umno. Hujah Tok Guru amat dinanti-nanti oleh rakyat sekalian.

Kedua tentang tempat dan masa program debat tersebut jika boleh di buat dalam stadium seperti Bukit Jalil dan dibuat liputan secara langsung ke suluruh Negara oleh RTM atau TV3 ataupun Astro. Tujuan supaya rakyat dapat melihat kedua tokoh ini berdebat dalam hal yang berkaitan Pas/Umno tersebut.

Ketiga pula ialah tentang pengerusi debat. Ini penting, supaya hasil debat tersebut akan membantu sebahagian dari usaha mencapai matlamat yang diwar-warkan oleh Tok Guru tersebut. Rakyat mungkin bersetuju bahawa bukannya Prof Madya Dr Agus Salim sahaja yang layak menjadi pengerusi ataupun moderator, begitu juga dengan Datuk Johan Jaapar. Sebaliknya ialah Mufti Majlis Agama Islam Perak (MAIP), Tan Sri Kharunsanni yang sejak akhir-akhir terlalu berminat bercakap tentang politik melibatkan Pas/Umno. Jika ia diberikan kepada orang lain, nanti Mufti Maip tersebut tak nampak di mana bezanya antara PAS/Umno dalam politik di Negara ini.

Inilah masanya PM Najib untuk menunjukkan sikapnya mempertahankan maruah Umno yang telah dilabelkan sebagai ajaran sesat dan komunis oleh Tok Guru. Adakah dakwaan ini betul ataupun tidak PM Najib kena bersedia berdepan dan berhujah dengan Tok Guru yang telah menghulurkan tangan untuk berdekat. PM Najib jangan hanya menyambut, bila idea kerajaan Perpaduan yang dipolimek oleh media semata-mata.

Mungkin ada hikmahnya, jika pertemuan dua tokoh di atas pentas debat tersebut akan menghasilkan natijah baik yang cukup besar bukan untuk parti masing-masing tetapi kepada orang Melayu dan Islam yang keliru tentang politik di Negara ini. PM Najib perlu berlapang dada untuk berdebat dengan Tok Guru sebagai membukti bahawa dia (Najib) seorang pemimpin yang bersungguh-sungguh mempertahankan maruah Umno yang kian menurun di sisi orang Melayu dan Islam khususnya.

Sama-samalah kita tunggu, adakah PM Najib menyambut hasrat Tok Guru untuk berdebat bagi menyelesaikan kemelut poilitik yang melanda orang Melayu / Islam dalam Negara ini. Jika PM Najib berdiam diri, maka jelaslah Umno adalah sebuah parti politik sesat seperti ajaran Ayah Pin dan Komunis. Lebih membimbangkan lagi ialah Umno akan terus menyesatkan orang Melayu/Islam lain pada masa ini dan akan dating.

Ayuh PM Najib, jangan tunggu lagi. Paluan debat telahpun dipukul oleh Tok Guru.

Takbir !!!

http://warta-utara.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.