Afandi Pencacai Umno, Ajak Tok Guru Berdebat

Oleh : Pembela

Terkejut,Go to fullsize image terkedu, terkesima, tersentak, macam tak percaya bila terbaca laporan dalam Tranungkite, Pemuda Umno Kelantan cabar Tok Guru Nik Aziz berdebat. Nampaknya, Ketua Pemuda Umno Kelantan, Mohd Afandi Yusoff, betul-betul anak jantan yang telah dilahirkan oleh Umno di era IMalaysia.




Mulanya, saya tak mau nak layan isu ni. Tetapi bila menghayati kenyataannya, elok juga beri pandangan sikit. Biar si Ketua Pemuda Umno Kelantan atau Umno sekelian alam dapat menilai tujuan dan sebab Afandi tu mencabar Tok Guru Nik Aziz berdebat. Adakah dia betul-betul anak jantan atau sebagai pencacai Umno saja

Keberaniannya ajak Tok Guru berdebat tidak mahu dipertikaikan. Mungkin kerana ia seorang Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkelulusan Jordan mahu membuktikan kepada ketuanya (Ketua Pemuda dan Presiden Umno) bahawa perlantikannya adalah tidak sia-sia dan tepat sekali. Tidak seperti pemimpin Umno lain, terutama di Kelantan yang diam membisu apabila Tok Guru ataupun pemimpin PAS cabar berdebat.Paling utama mesej yang hendak disampainya ialah ia adalah orang paling layak memimpin Umno Kelantan masa depan.

Saya amat menarik bila melihat Apandi seperti ‘full confident’ dalam ajakannya berdebat tersebut. Ia nampak begitu serius, bukan main-main lagi. Tujuannya, jika debat tersebut jadi, dia akan ltersohor sepantas kilat kerana keberaniannya.. Soal menang ataupun kalah, betul atau salah, hak atau batil bukan lagi perkiraannya. Ini kerana ia mahu membersihkan tindakan Pemuda Umno Kelantan yang membuat laporan Polis ke atas Tok Guru yang dikatakan berbaur hasutan.. Dari sinilah puncanya yang membawa kepada polimek politik, akhirnya Tok Guru mendapat ilham supaya kemelut politik perlu diselesaikan dengan cara berdebat antaranya dengan PM Najib. Maknanya, hasrat debat Tok Guru tersebut adalah berpunca dari Pemuda Umno Kelantan yang si Afandi menjadi ketuanya.

Di samping, ia juga bertujuan untuk menutup segala ketakutan, kejahilan dan ke’malu’an ketua partinya untuk berdepan dengan Tok Guru. Sebab… Afandi sendiri dah tahu bahawa PM Najib bukanlah ada ilmu sangat dalam hal-hal berkaitan agama, apa lagi dalam hal melibatkan ayat-ayat Al-Quran dan Al-Hadis. Sebagai galang ganti menutup segala ketakutan, kejahilan dan ke’malu’an ketua partinya, maka iapun bangun bagaikan seorang perwira Umno di era 1Maqlaysia menyelamatkan pemimpinya yang terjerat dengan ajakan debat oleh Tok Guru.



Semua ini dapat kita lihat, apabila Afandi jadikan ia sebagai syarat yang disebut sebagai ‘saringan’. Baginya kalau Tok Guru nak berdebat dengan ketuanya PM Najib mesti lepasi saringan debat dengannya. Ia merupakan suatu idea yang lucu dan luarbiasa seperti pertandingan debat piala Perdana saja. Namun kita dapat menghidu bahawa tujuannya adalah untuk menyelamatkan maruah ketuanya yang sedang ketakutan dan tertekan dalam jerat yang dipasang oleh Tok Guru. Hebat Tok Guru, semoga Allah SWT kurniakan keberkatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.



Jika dikaji lebih mendalam lagi, memanglah jenis Umno tak kira tua ataupun muda, lelaki ataupun wanita, melayu ataupun bukan melayu sikap suka putar belit menjadi darah daging mereka. Ia bukan saja dalam pengurusan pemerintahan, malah dalam isu debat dengan Tok Gurupun mereka nak putar belit. Dasar Umno yang toghut.



Saya nak tanya Ketua Pemuda Umno tu… isu debat tersebut bukan soal Tok Guru berani atau tak berani, layak ataupun tak layak, saring ataupun tak saring dengan kamu. Tetapi ialah Tok Guru cabar ketua kamu (Presiden Umno) untuk berdebat. Kenapa dia diam bagai tikus berhadapan dengan kucing dan tak sambut seperti gayung bersambut. Sepatutnya Afandi kena ambil langkah bijak ataupun bermoral pergi bertanya kepada ketuanya PM Najib dulu, samada dia berani atau tak berani berdebat dengan Tok Guru Nik Aziz. Kalau PM Najib tak berani, barulah wajar Umno atau Afandi cari alasan untuk halangkan debat antara Tok Guru dengan Najib. Barulah rakyat tak nampak Umno tuh seperti ajaran sesat Ayah Pin dan Komunis yang diungkapkan oleh Tok Guru.

Oleh kerana Afandi masih mentah dalam politik, maka dia tak tahu tentang sejarah Umno yang minta tolong kepada Raja-raja Melayu di era 80an supaya campur tangan membatalkan muzakarah antara PAS dan Umno. Sebab, Umno dah kaji dan tahu bahawa mereka tak mampu nak berhujah dengan PAS dalam jua isu, apatah lagi dalam isu agama. Kali ni. Afandi pulak nak jadi pencacai Umno nak tutup ketakutan PM Najib berdebat dengan Tok Guru.



Kalau semata-mata nak cari alasan supaya Ketua kamu tak payah debat dengan Tok Guru, Pemuda Umno tak usahlah nak acah Tok Guru. Sandiwara politik Pemuda Umno dan Afnadi hanyalah sandiwara politik kelas bawah, kelas rendah ataupun tak ada kelas.



Jika betul Afandi berhasrat nak berdebat juga, tak payahlah dengan Tok Guru, sambut saja pelawaan Naib Ketua Pemuda PAS, Pasir Mas. Ayuh, berdebat di Manek Urai. Biar rakyat Manek Urai tahu siapakah sebenarnya Afandi dan Umno sekalian alam.



Oleh itu, saya menyokong sepenuh hati kepada Dewan Pemuda PAS, Pasir Mas hantar surat rasmi (surat berdaftar), pelawa Afandi berdebat. Kita beri peluang kepada Afandi membuktikan kejantannya sebagai Ketua Pemuda Umno Kelantan dan Exco Pemuda Umno Malaysia. Sebelum dia saring Tok Guru, biar Pemuda PAS, Pasir Mas saring dia dulu. Jika perlu izinkan Afandi ajak Brahim Ali, MP Pasir Mas jadi pembantu dia.



Kita sama-sama tunggu dan lihat, Afandi gali lubang masuk sendiri, akibat dari kebodohannya dalam berpolitik.

No comments

Powered by Blogger.