Biasiswa ketepi taraf bumiputera langgar perlembagaan
Ini kerja 'gila' berdasarkan Perlembagaan Negara bumiputera (Melayu di Semenanjung dan peribumi di Sabah/Sarawak) dijamin hak untuk mendapat layanan sedikit istimewa di negara ini berdasarkan pengorbanan mereka sebagai orang asal bumi ini. Semua bersetuju.27 Jun, 2009 23:54 PM
Biasiswa Nasional Berdasarkan Merit Sepenuhnya Diperkenalkan Tahun Depan
PUTRAJAYA, 27 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan mewujudkan pemberian biasiswa khas dikenali sebagai Biasiswa Nasional yang berasaskan kepada merit sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tahun depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata biasiswa tersebut akan diberikan kepada pelajar-pelajar terbaik yang layak dan tanpa mengira kaum.
Beliau berkata biasiswa tersebut diwujudkan selaras dengan keputusan Kementerian Pelajaran untuk mengkaji semula pemberian biasiswa kerajaan.
"Kalau individu tersebut benar-benar layak untuk biasiswa itu, ia adalah atas keputusan mereka yang benar-benar terbaik, tanpa mengira kaum atau keturunan.
"Hanya mereka yang terbaik daripada yang terbaik layak untuk diberikan biasiswa ini. Inilah hasrat kerajaan supaya kita mendahulukan kepentingan rakyat. Kita mesti ambil kira kepentingan rakyat," katanya semasa berucap di majlis makan malam MCA di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga Menteri Pengangkutan dan pemimpin-pemimpin kanan MCA.
Majlis makan malam itu dianjurkan MCA dan persatuan-persatuan Cina untuk mengalu-alukan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam.
Najib memberitahu, Biasiswa Nasional tidak diperkenalkan tahun ini berikutan keputusan Kementerian Pelajaran untuk mengehadkan jumlah subjek dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Kerajaan akan umumkan tahun depan, lebih-lebih lagi kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran baru sahaja mengumumkan bahawa jumlah subjek yang boleh diambil oleh calon dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dihadkan kepada 10 subjek sahaja," katanya.
Beliau memberitahu, Muhyiddin juga telah diberi mandat untuk menilai semula sistem pendidikan negara kerana pembangunan modal insan adalah pemangkin kepada pembentukan dan perkembangan ekonomi negara.
"Model ekonomi baru yang diperkenalkan juga meletakkan pembangunan modal insan sebagai kriteria utama untuk mewujudkan pendapatan negara yang lebih kukuh," kata Najib.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan kata beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM90 juta di bawah pusingan pertama pakej rangsangan khusus bagi membina 90 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) manakala RM50 juta lagi diperuntukkan untuk kerja-kerja membaik pulih SJKC tententu.
"Usaha membaik pulih dan pembangunan SJKC ini adalah gambaran keyakinan kerajaan terhadap SJKC. Setiap tahun pula kerajaan membelanjakan RM1.8 bilion untuk saraan guru-guru SJKC dan ia merupakan jumlah yang besar. Jangan sekali-kali lupa bahawa ini adalah sumbangan dan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap kebajikan kaum Tionghua di negara ini.
"Saya juga usik Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew sewaktu beliau datang ke Malaysia baru-baru ini. Saya katakan di Malaysia ada SJKC, tapi di Singapura tidak ada," katanya disambut dengan tepukan gemuruh daripada para tetamu.
Najib juga berkata, kerajaan sedang dalam proses untuk mengiktiraf beberapa universiti di China bagi membolehkan kedua-dua negara memperoleh manfaat yang besar pada masa akan datang.
"Saya percaya kalau kita iktiraf universiti di China, kedua-dua negara akan beroleh manfaat yang sangat besar," tambah beliau.
-- BERNAMA
Rakyat bukan Melayu bersetuju. Ruang ini diberikan tanpa diminta. Bukan Melayu menolak BN kerana rasuah dan salah guna kuasa melampau, yang rasuah bukan sahaja orang Umno tetapi Bn ditolak kerana rasuah pemimpin MCA, GERAKAN dan MIC juga.
Namun mungkin kerana keghairahan untuk mendapatkan sokongan bukan melayu Najib telah menggadaikan hak Melayu.....apa lagi hak yang digadaikan Najib lagi.......????
Lepas ini Melayu yang sudah tertinggal kebelakang akan dipaksa bersaing dalam padang yang tak rata...maka akan terus 'matilah' anak bangsa ini.
No comments
Post a Comment