Arahan terbaru Ketua Penerangan Umno, bukti penceramah Umno kaki fitnah


“Semua penceramah BN telah diarahkan supaya jangan menabur fitnah sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai” begitulah antara maksud seruan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan terhadap penceramah Umno yang berkempen di Manik Urai.

Jika perkara itu tidak berlaku, maka tiada arahan itu dikeluarkan. Malah arahan itu keluar selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa BN aktif menjalankan kempen memburukkan Pakatan Rakyat di Manek Urai.

Nampaknya mereka tiada hujah untuk berdepan dengan jentera PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat jadi sasaran fitnah mereka selepas beliau memberikan kiasan bahawa Umno serupa dengan Komunis dan Ayah Pin.

Kalau dakwaan itu tidak benar terima sahaja cabaran debat Tok Guru. Jangan berkokok dikandang sendiri, sedangkan ekor penuh tahi-tahi rasuah..

No comments

Powered by Blogger.