Kelantan Mahukan Golongan OKU Berdikari

Kerajaan Negeri Kelantan mahu memastkan agar golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini dapat berdikari dan tidak mengharapkan bantuan dari Kerajaan Negeri sepenuhnya.
Dato' Husam berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan apabila ditanya oleh ADUN Tanjung Mas (YB Puan Rohani Bt Ibrahim). Bagi pesakit kronik mungkin tidak dapat berdikari kerana masalah penyakit yang di hidapi mereka mungkin teruk dan tidak dapat bergerak.



Bagi golongan armalah ( ibu tunggal ), OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mempunyai peruntukan khas bagi golongan ini.

JKM juga turut membuat kursus bagi golongan - golongan ini. Bagi golongan OKU, Kerajaan Negeri mempunyai dana yang akan diberikan kepada golongan ini.

Selain itu,Kerajaan Kelantan akan menggunakan saluran politik dan diplomasi untuk mendapatkan bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion daripada kerajaan pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Dato' Husam Musa berkata, kerajaan negeri juga mendapatkan pandangan dari beberapa firma guaman mengenai aspek teknikal, namun langkah itu masih di peringkat strategi.

Beliau berkata pihaknya yakin isu tuntutan royalti minyak dapat diselesaikan melalui saluran politik dan diplomasi.

"Saya yakin Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) akan pertimbangkan surat yang diberikan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya menjawab soalan ADUN
Pengkalan Kubor (PAS), Datuk Noor Zahidi Omar di sidang DUN Kelantan hari ini.

Husam berkata, beliau yakin kerajaan pusat akan mempertimbangkan pemberian royalti itu kerana Terengganu, yang pelantar minyaknya terletak 220 kilometer di perairan negeri itu menerima bayaran royalti minyak.

Katanya, pelantar minyak di Kelantan terletak 170 kilometer dari perairan Kelantan, maka jarak lebih dekat itu mewajarkan kerajaan pusat membuat bayaran royalti minyak kepada Kelantan.

Beliau berkata nama pelantar minyak berkenaan juga menggunakan nama bahasa Melayu, iaitu antaranya pelantar bunga raya, pelantar cakerawala dan pelantar bintang.

Katanya kesemua nama pelantar di dalam bahasa Melayu membuktikan
ia milik syarikat Malaysia, sekaligus Kelantan juga berhak membuat tuntutan royalti minyak.

Beliau berkata, kerajaan negeri hanya meminta antara RM850 juta dan RM1bilion dari kerajaan pusat mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan negeri menerima royalti minyak sebanyak lima peratus daripada hasil perolehan petroleum.

Beliau berharap tiada diskriminasi dilakukan terhadap Kelantan dalam bayaran royalti itu seperti yang pernah berlaku kepada Terengganu semasa PAS memerintah pada 1999 hingga 2004 iaitu peruntukan itu ditukarkan kepada wang ehsan.

No comments

Powered by Blogger.