Ini bangsa punya hal tak boleh tukar lagi
Oleh Dinsman
Wacana kGo to fullsize imageolum ini mengenai ‘kerajaan perpaduan’ minggu lalu banyak mendapat respon pembaca. Begitulah halnya pembaca kita. Kalau tulis pasal seni budaya agak kurang yang memberi respon. Tapi kalau tulis pasal politik, banyaklah yang respon. Tak mengapa ya, memang dah macam itu masyarakat manusia.
Dalam banyak-banyak respon itu kebanyakannya memang bersetujulah dengan pandangan yang saya kemukakan. Dan paling menariknya ada seorang India dari Klang menelefon saya, mengucapkan terima kasih kerana penjelasan itu boleh “membawa orang balik ke atas landasan yang betul”, katanya.
Tapi ada juga beberapa sms yang tak bersetuju dengan pandangan wacana itu. Tak bersetujunya mereka itu bukanlah sebab apa. Boleh dikatakan satu saja sebabnya, iaitu atas alasan Melayu, atas alasan Umno itu Melayu dan Islam, dan atas alasan masih kurang yakin dengan keikhlasan orang-orang Cina dan India.
Seingat saya sudah dua kali saya tulis mengenai perkara itu dalam kolum ini. Kalau kita nak persoalkan keikhlasan orang memang tak akan habis-habislah. Apalagi kalau dalam masa yang sama kita terlupa pula akan keikhlasan kita. Dan kalau kita sendiri pun tak ikhlas, lagilah problem. Macamana nak buat? Kita sendiri pun tak ikhlas, nak persoalkan keikhlasan orang.
Dan ada pula tu dia nak pastikan orang lain ikhlas dulu maka barulah dia nak ikhlas. Ha, tak akan habis-habislah kita curiga mencurigai dan asyik menyalahkan orang lain dan enggan melihat salah diri sendiri.
Kebetulan saya bersama kawan-kawan sedang mengusahakan aktiviti seni budaya yang berkaitan dengan kepelbagaian kaum kita, yang antaranya diadakan pada 26 Jun, di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur. Kebetulan pula saya tak dapat hadir di situ kerana ada komitmen yang telah lama dibuat dengan kawan-kawan di Tanjung Karang.
Tetapi sebuah puisi saya akan dibacakan dalam majlis itu, dan saya teringat barangkali sesuai juga dipaparkan semula puisi itu di sini, untuk renungan kita bersama. Judulnya “Sajak Malaysia”, ditulis pada 11 Mei 1985, dalam gaya bahasa pasar, yang saya pinjam dari gaya bahasa sahabat saya Dr Shanmugalingam. Puisinya begini:
Lu Cina
You India
Saya Melayu
Jadi-jadi sudah jadi ini macam
Tak boleh tukar lagi
Sekarang saya tak boleh jadi Cina
Lu tak boleh jadi India
You tak boleh jadi Melayu
Apa macam kita mau bersatu?
Ha, apa macam mau bikin semua
rakyat Malaysia bersatu padu?
Haiyo banyak susah ho…
Betul ka?
Banyak susah ka?
Tapi kalau semua orang satu
bangsa saja pun
Belum tentu senang juga
Ramai orang di Afrika sana
Negeri India sana
Hidup banyak susah juga
Itu orang Arab di negeri Arab
Sama-sama sendiri pun
Tak habis-habis berperang
Bukan dengan bangsa lain
Dengan bangsa sendiri juga
Ada banyak minyak
Selalu gaduh satu bangsa
Tak boleh bersatu padu
Jadi saya ingat
Tidak apa macam ini
Lu tak usah jadi Melayu
You tak usah jadi Cina
Saya pun tak usah jadi India
Kita jadi kita punya sendiri-sendiri
punya bangsa juga
Ikut kita punya keturunan
Tak mau ikut pun mesti ikut juga
Mana boleh pilih lagi
Ini bangsa punya hal
Satu dunia semua orang
tak boleh pandai-pandai
Terima saja
Mau kata bodoh pun
Bodohlah manusia
Beranak punya jam
Itu cap tak boleh tukar lagi
Sampai mati
Lain perkara boleh pilih
Ini satu perkara tak boleh pilih
Apa bangsa pun
Tak boleh jadi lain
Mesti jadi manusia juga
Tak boleh jadi robot pun
Tapi manusia boleh bikin robot
Dengan itu sains dan teknologi
Macam-macam dia boleh bikin
Sekarang sudah ada komputer,
baru punya
Tapi semua itu tak boleh tukar
itu satu bangsa
Jadi lain bangsa.
Ha…
Jangan takut
Awak apa bangsa pun
Kalau hati dalam ada baik
Kita boleh hidup sama-sama
Satu padu
Semua orang mau senang
Satu orang kalu
mesti tak boleh senang
Tak boleh syok punya
Kita mesti ramai-ramai
Tolong sama tolong
Ini bumi cukup luas
Macam-macam ada
Tak boleh habis makan punya
Kita kongsi sama-sama aa..
Jadi apa bangsa pun kita
Kita mesti boleh senang.
(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 0136362408)

No comments
Post a Comment