Miskin Kelantan lebih mulia

Oleh: unoes

"

Majoriti miskin Kelantan lebih mulia dari majoriti Islam di Putra Jaya

Majoriti Mukmin dikalangan petani, penoreh getah, nelayan, para peraih miskin khasnya di negeri Kelantan, bahkan di seluruh Malaysia secara amnya adalah lebih mulia dari majoriti keturunan Islam di Putra Jaya menurut penyelidikan rambang berpandukan Islam As Sunnah.


Dengan tinggal dikediaman rumah/pondok usang yang kekurangan segala, berbanding gulugan pertengahan - sederhana, apatah lagi yang berkedudukan dikalangan kakitangan kerajaan, ahli perniagaan mahupun koperat khasnya di Putra Jaya dan di pantai Barat Semenanjung bukanlah andaian bahkan realiti.

Ambil contoh rutin harian mereka:

Mukmin miskin di Kelantan: Sejak awal selepas solah subuh; dengan sarapan ala-kadar air kopi 0 dan sedikit juadah tradisional, kebanyakan mereka memulakan hari-hari tugasan seperti biasanya, dapat pakai motorsikal 'cub-cai' dah kira baik, selebihnya harus berbasikal atau berjalan kaki atau menumpang rakan untuk memulakan tugas di perkebunan-sawah ( bukan ladang kerana ia sekadar tanah sekangkang kera atau satu dua ekar atau relong ) bagi petani dan pesawah. Manakala nelayan pula berkolek-bersampan bagi yang buat kerja sendiri atau dalam bot besar milik tuanpunya ( tauke ) bagi nelayan 'kuli'. Bagi lain-lain kegiatan seperti yang berada di pasar-pasar sebagai peniaga/peraih kecil dan lain-lain, mereka istiqamah dengan kerja mereka dengan sabar 'yang benar'. Tidak bergaya walau sekadar kereta Kancil untuk pergi kerja atau bersantai, jika pun ada yang berkereta burok atau kereta kecil adalah hasil pembelian tunai hasil penjimatan yang berdikit-dikit.

Sehingga pulang petangnya; mereka kembali kepada keluarga dalam rumah yang serba kekurangan, tanpa ASTRO atau 'video-game' untuk anak-anak mereka bermain, dan jauh sekali untuk ronda-ronda petang hari untok 'jalan-jalan cari makan', demikian juga bila hujung minggu sebagaimana kebiasaan orang Putra Jaya.

Bagi anak-anak mereka harus minat, berpengetahuan dan mampu menggunakan komputer atau mengunakan kemudahan IT, sebaliknya bukan sahaja sukar bahkan tidak atau kurang mampu memiliki komputer peribadi/keluarga, apatah lagi menyewa talian 'net'.

BERBANDING,

Dengan mereka yang di Putra Jaya yang hampir dikatakan tinggal di rumah sempurna dengan peralatan, perabut dan kemudahan hiburan ASTRO, 'video game', peralatan canggih senaman badan statik, atau mereka keluar santai di mana-mana pusat permainan berbayar, pusat penjagaan-terapi kesihatan berbayar, pusat hiburan berbayar, makan di restoren kegemaran masing-masing dan apa sahaja kegiatan sehingga menjelang dinihari, semua harus jadi sesuai dengan keyakinan mereka 'ada wang semua jadi'.

Dengan keadaan perbandingan sedemikian itu, ramai pemimpin atau negarawan anak bangsa sendiri telah menzahirkan telahan; kalangan mereka yang miskin ini sebagai tidak sempurna kehidupan lagi ketinggalan zaman, tidak ada pendidikan, tidak berkemajuan dan tidak menyahut cabaran zaman kerana mereka kekal dalam kehidupan tradisi kemiskinan yang tidak menyahut seruan menjadi rakyat 'modern' dengan memilih penguasa dikalangan mereka yang dia anggap berwawasan sebgaimana masyarakat Putra Jaya.

Pada andaian pemimpin sperti ini, kehidupan mereka akan berubah dan hampir sebanding dengan kehidupan 'modern' yang maju seperti di Putra Jaya dan yang seumpama mereka.

BENARKAH INI KEMAJUAN YANG BENAR SEBAGAI MUSLIM MUKMIN ?

'Rakyat yang dianggap miskin' di Kelantan itu, TIDAK memiliki kemudahan rumah, kenderaan dan keperluan hiburan dsb, antara lain adalah disebabkan mereka TIDAK sedia untuk BERHUTANG sekadar memenuhi kemahuan nafsu mereka yang TIDAK menjadi keperluan serta bersesuaian dengan IMAN ISLAM yang benar, mereka berbelanja mengikut kadar kemampuan yang mereka telah usahakan sendiri dan redha ke atas yang Allah SWT kurniakan rezki untuk di makan dan di pakai buat diri dan tanggungan mereka.

Berbanding dengan mereka yang di Putra Jaya, sebenarnya bukan mereka berkemampuan secara total memiliki kediaman, kenderaan, perabut dan kelengkapan rumah yang gah, makan-makan dan berhibur-berantai memenuhi kamahuan nafsu mereka. Sebenarnya ; mereka MEMAKSA diri mereka memenuhi keinginan lebih dengan jalan BERHUTANG, bahkan mereka hampir berhutang kepada semua keselesaan mereka disebabkan asas pendapatan mereka memang TIDAK MENCUKUPI untuk membeli secara tunai berdasarkan purata pendapatan yang setimpal menurut kerja yang sah,

atau

mereka memang telah terdidik oleh syaitan jin dan syaitan manusia membeli setiap keselesaan dengan berhutang sekalipun dengan 'interest', walaupun mereka memang mempunyai nilai wang dalam simpanan melebihi harga barang yang hendak dibeli. Sebaliknya mereka menganggap 'bodoh' jika membeli secara tunai apabila ada kemudahan berhutang, apa lagi memang hakikatnya tidak mampu melainkan mengada-ngada.

misalnya:

(i)

dalam simpanan mereka ada wang RM100K, mereka TIDAK sedia untuk membeli rumah berharga RM50K tunai, kerana mereka dimudahkan dengan membeli rumah bernilai RM250K atas sebab; harus kelayakan pendapatannya dibenar berhutang dengan nilai berkenaan, maka berhutanglah !!! RM100K selamat dalam simpanan dan 'interest' bertambah setiap tahun @ bulan.

(ii)

dalam simpanan mereka ada wang RM100K, mereka TIDAK sedia untuk membeli kereta kancil @ kereta yang terpakai bernilai antara RM10 atau 20K tunai, sebaliknya dengan status yang gah, mereka rasa lebih pandai dan mudah atau menguntungkan ( andaianya ) dengan membeli kereta baru berharga RM 60 atau 70K dengan cara berhutang, yang mana hanya perlu mengadakan 'deposit' 10% atau tanpa deposit, dengan membayar ansuran bulan-bulan tanpa peduli berapa akhirnya jumlah yang perlu dibayar, itulah amalan yang ia sukai sekalipun termasuk mengamalkan 'riba yang haram'.

(iii)

dalam simpanan mereka ada wang RM100K, mereka tidak akan mengeluarkan untuk modal perniagaan sama ada membeli kedai atau menjalankan 'kontrak', kerana semua dokumen kontrak dapat dijadikan 'jaminan kepada bank', lalu mendapatkan pinjaman untuk memiliki kedai atau buat kerja kontrak yang akan dibayar dari hasil bayaran setelah kerja kontrak selesai. Bagi pembelian kedai pula, hasil dari perniagaannya yang akan membayar hutang tanpa kira berapa jumlah akhirnya yang dibayar berbanding nilai pinjaman asal, itu semua tidak hairan sekalipun termasuk makan hasil dari urusan yang syubhat dan haram, asalkan dipanggil tauke atau usahawan, semua hutang dibayar hasil kuli yang bekerja, cukup tempuh kedai menjadi miliknya hasil perjanjian setuju memberi makan riba yang haram.

Bidang kontraktor: Apabila projek bertambah besar, nilai kontrak bertambah tinggi, dengan kepakaran dan ilmu ajaran anti Islam dalam menyusun cara mendapatkan nilai untung mudah, dan urusan-urusan yang tidak telus, misalnya nilai kerja yang perlu hanya sekadar 100 juta termasuk upah/untung, namun kontrak yang ada kerjasama tadi telah diwartakan kepada 200 atau 300 juta. Berlipatgandalah untungnya, bahkan sebelum kerja dimulakan, bank sudah beri 'lesen @ kebenaran' gunapakai wang juta-juta untuk pengurusan dsb. Semua itu mudah asalkan sanggup sedia bayar 'intererest', maka bank akan lulus dan beri. Ini tetap diwar-warkan sebagai 'usahawan @ koperat' yang hebat dan maju menjadi kebanggaan sekutu mereka.

PERBANDINGAN.

Masyarakat miskin yang disebutkan tadi memang serbaserbi dilhat kurang, namun rata-rata mereka redha dengan keadaan demikian serta mensyukuri nekmatNya dan terus istiqamah melaksanakan amanah menjadi Mukmin dengan menunaikan segala amalan agama yang di Fardhukan ke atasnya sebagai Muslim. Mereka tidak mengeluh untuk minta dijadikan sebgaimana kalangan seperti orang-orang di Putra Jaya tanpa jalan yang Allah SWT redhai. Buktinya: mereka istiqamah mengekalkan pemerintahan negerinya yang lebih menyintai Islam yang Haq itu di tinggikan, walaupun menghadapi berbagai janji oleh mereka tentang keindahan hidup akan diberikan oleh penguasa baru yang bersamaan akhlak orang di Putra Jaya, bahkan mereka di takut-takutkan dengan pandangan hina berada dalam kemiskinan. Namun mereka mengekalkan pasrah dan redha atas nekmat Allah SWT se adanya dan kekal dengan menyatukan diri dalam jamaah yang mmerintah ke arah membangun hanay dalam Islam yang benar.

Harus; mereka atau orang miskin ini insaf dan sedar atas kefahaman agama Islam As Sunnah yang mereka miliki berpandukan ajaran As Sunnah dari Kitabullah yang disampaikan oleh guru-guru mereka di masjid-masjid atau madrasah-madrasah usang yang bertaburan dinegeri itu. Bahawa mereka sedar sebahagian besar amalan orang-orang di Putra Jaya itu adalah:

"kelihatan indah dan berjaya lagi mengasyikan, sedangkan amalan mereka adalah menyerupai gulungan orang-orang yang menyintai memberi makan atau makan sendiri riba yang di haramkan Allah SWT, dimana kedua-keduanya sama sahaja menjadi musuh Allah dan RasulNya SAW lagi diperangiNya" ( Na'uzubillahiminzalik ).

Amalan sebahgian besar orang-orang Putra Jaya yang sedemikian itu benar-benar ia selaras dengan Hadith yang syahih yang bermaksud : Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, orang yang memberi makan riba, juru tulis dan dua saksi, dan Rasulullah SAW bersabda : "Mereka semuanya sama (dalam dosa sekalipun mereka berbeza tentang kadar banyaknya)" ( Riwayat Muslim)

Keadaan sedemikian itu adalah mengambil pengajaran dari maksud Firman Allah SWT:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. ( 2 Al- Baqarah 275 )

Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa. ( 2 Al- Baqarah 276 )

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. ( 2 Al- Baqarah 278 )

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. ( 2 Al- Baqarah 279 )

Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya. ( 4 An-Nisaa' 161 )

NOTA:

Bukan sahaja dikalangan keturunan Islam di Putra Jaya, bahkan dewasa ini usaha menggalakan umat Islam di jangkiti VIRUS SYAITAN GILA melalui riba yang haram dapat kita lihat melalui contoh-contoh:
Menjalankan aturan riba yang haram 4% dikenakan terhadap peminjam dikalangan kakitangan kerajaan (majikannya) yang meminjam untuk membina rumah, kenderan atau perkara yang semaksud dengannya.

dan

Menjalankan amalan riba yang haram dalam urusan pinjam-meminjam, pelaburan perniagaan dan sebagainya melalui perbankan hatta atas nama Muamalat atau Perbankan Islam yang diluluskan oleh Perbendaharaan Negara dan lebih dahsyat lagi apabila Bank-bank Konvensional milik 'anti Islam' yang terang-terangan ada mengamal riba yang haram telah pula diberikan " HALAL HUB " Perbankan Islam yang menjadikan ianya sama seperti 'meja jual daging babi-daging ayam' di berikan taraf HALAL .

Kedua-duanya (bahkan ada banyak kes lagi ) adalah contoh jelas PELAKSANAAN DASAR KEWANGAN yang dijalankan adalah terang-terang bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah SAW tetapi mereka ( keturunan Islam ) yang menguasai pemerintahan dan mengamalkannya merasa bangga jadi kaya kerana amalan burok itu, lantas pula menghina umat Islam yang taqwa lalu dihina kerana miskin, sedangkan mereka yang miskin itu sebenarnya lebih takut kepada adzab Allah SWT semata-mata jika mengikuti amalan syaityan jin dan syaitan manusia.

MAKA;

yang demikian itu, adalah jelas betapa rakyat Muslim Mukmin di Kelantan yang sering di anggap miskin lagi di anggap hina oleh sebahagian besar orang-orang di Putra Jaya sebenarnya JAUH LEBIH MENGATASI KEMULIAAN di sisi ALLAH SWT DAN RASULNYA SAW dengan sebab-sebab amalan As Sunnah yang mereka istiqamahkan berbanding dari kalangan keturunan Islam di Putra Jaya, sekalipun mereka ada yang di anggap 'ilmuan Islam' oleh yang sukakan mereka, dan juga di sukai lagi di akui oleh pemerintah sekutu zionis dan semaksud dengannya, kerana mereka adalah secara langsung sebagai ejen yang suka mempersenda dan menggelarkan kejumudan umat Islam kerana miskin dan menyangka Islam akan di sanjung hanya bila ada kekayaan.

Akhirnya: TIDAK MUNGKIN SAMA SEKALI; kemuliaan dan martabat Islam jadi hebat dengan amalan pengamal orang-orang yang menjadi musuh lagi di istiharkan perang oleh Allah SWT. Kemanakah hendak bersembunyi dari serangan kemurkaan Allah SWT, kecuali mereka insaf dan bertaubat dengan sesungguhnya, jika tidak !!! kekallah mereka sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

"Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. ( 2 Al- Baqarah 279 )"

 

Allahu a'lam.

ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM.

No comments

Powered by Blogger.