Semua wakil Rakyat (BN) berkampung di Kota Kinabalu?
Oleh: HAJI WAHAB TIMPAI
SETIAP pemimpin yang sudah bergelar Wakil Rakyat seakan tidak lagi bermastautin di kawasan pilihanraya mereka sendiri selepas menang pilihanraya kerana majoriti sudah menjadi YB itu lebih berminat menetap di Kota Kinabalu.
Peringatan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Razak, kepada semua Wakil Rakyat, bahawa peluang mereka untuk dicalonkan semula berdasarkan prestasi tugs di kawasan masing-masing.
Namun ramai Wakil Rakyat gagal memahami pesanan Najib kerana mereka yang banyak bercakap, tetapi kurang bekerja menunjukkan ramai akan digugurkan sebagai calon pada PRU 13 ataupun sebagai menteri selepas enam bulan jika gagal melepasi indeks KPI yang menjadi penanda aras kecapaian mereka.
Mungkin amaran Najib hanya ditujukan kepada Wakil Rakyat Parlimen saja, namun bagaimana pula peringatan Datuk Musa Aman kepada Wakil Rakyat DUN Sabah dalam parti Umno yang terus berkampung di Kota Kinabalu termasuk wakil rakyat daripada PBS, PBRS, Upko, LDP, MCA dan GERAKAN yang perlu dinilai oleh Presiden masing-masing.
Apakah Musa Aman selaku pengerusi BN di Sabah mengikut cara Perdana Menteri yang ke-enam itu, yang membayangkan bahawa wakil rakyat yang tidak berkerja di kawasan masing-masing kemungkinan digugurkan walaupun hanya satu penggal menjadi Wakil rakyat?
Peringatan Datuk Mohd. Najib Tun Razak itu mungkin dapat merubahkan persepsi rakyat khususnya golongan muda yang kini jadi penentu masa hadapan UMNO dan BN di Sabah sama ada akan kalah atau menang pada pilihanraya umum akan datang.
Golongan muda juga sememangnya sudah lama menunggu suara seupama itu, yang diluahkan dari mulut Perdana Menteri sendiri, yang disifatkan satu teguran paling penting, di samping mereka mengharapkan diberi ruang untuk pengganti yang digugurkan itu.
Sudah tiba masanya golongan muda diberikan peluang sebagai calon kerana mereka bakal pemimpin pentadbir Negara dan Negeri yang sebenar.
Apakah pemimpin lama sanggup melepaskan sumber rezeki hakiki mereka itu kepada generasi sekarang ini?
Ramalan cuaca rakyat, kiamat politik BN dijangka akan berlaku pada pilihan raya ke 13 akan datang dan dijangkakan PAKATAN RAKYAT akan mengambil alih Kerajaan BN sekiranya Musa gagal berbuat sesuatu untuk memperbetulkan keadaan ini.
PRU 12 Tsunami politik BN melanda di lima negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Selanggor, Perak, dan Kelantan adalah amaran awal 'The Judgement Day' yang bakal melanda PRU 13.
Dalam tinjaun Wartawan Sabahkini.net di beberapa kampung di pedalaman Sabah, kini rakyat seperti jadi peserta sukan, mereka sudah berada atas di garisan permulaan lari hanya menunggu bunyi wisel ditiupkan oleh Pengadil atau dengan kata lain menunjukkan persediaan rakyat sekarang lebih rapi untuk PRU 13, berbanding PRU ke 12.
Sebenarnya mereka (rakyat) sudah merasa muak dengan perangai pemimpin BN sekarang ini yang terus berada di Kota Kinabalu saja selepas terpilih menjadi YB. Sama-sama lah kita menunggu kejutan yang bakal berlaku.
http://www.sabahkini.net/v1

No comments
Post a Comment