Calon BN Manik Urai jenuh buat kempen penafian


Baru beberapa hari diumumkan sebagai calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat berpeluh untuk menjawab dan membuat penafian atas serangan peribadi yang ditujukan terus pada beliau oleh ahli-ahli UBN sendiri.

Isu pertama adalah adalah isu ‘kerat mengerat’ dalam Umno untuk merebut tempat sebagai calon. Beliau yang akan berdepan calon PAS, Fauzi Abdullah terpaksa membuat kenyataan bagi menafikan isu itu dan mendakwa bahawa beliau menerima sokongan dari AJK Bahagian Umno Kuala Krai. Sejauh mana itu benar, tidak dapat dipastikan sebab orang tak kecoh kalau bukan ahli Umno sendiri buat kepoh kat media.

Rasuah

Seterusnya isu rasuah dimana beliau didakwa hidup melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB). Malaysiakini menyebut bahawa;

“Beliau juga didakwa melakukan lawatan yang ‘meragukan’ ke luar negara serta membawa bersama pegawai-pegawai yang tidak berkaitan ke negara Asean seperti Vietnam dan Thailad untuk tujuan pemasaran.

Juga terdapat dakwaan bahawa beliau menyalahguna kuasanya dalam pemberian kontrak-kontrak KPSB dan melobi untuk pembekal baja sewaktu bertanding untuk jawatan ketua Pemuda Umno Kuala Krai.”

Beliau menafikan ke semua dakwaan itu. Tapi peliknya siapa yang buat cerita tu semua. Kenapa awal-awal tak dibongkar isu ini. Seperti ada suatu gelombang besar dalam Umno yang tak puas hati dengan pencalonan beliau.

Apa lagi yang beliau akan nafikan lepas ini. Kalau beliau benar, maka kebenaran itu akan ditunjukkan. Jika tidak, Allah jua yang membalasnya. Moga yang bawa cerita itu serius jangan sampai orang kata anda memfitnah pula. Kesian juga tengok Tuan Aziz nie teruk dibelasah orang sendiri.

herman samsudin

No comments

Powered by Blogger.