1Malaysia: Budaya Makhluk Asing
SEBERANG JAYA: Tan Sri Muhyhddin Yassin berkata ramai rakyat bimbang dengan senario politik tanahair berikutan permainan politik pembangkang yang tidak menguntungkan negara.
Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat berasa tidak selamat berada di bawah pentadbiran pembangkang kerana terbukti mereka mengamalkan budaya asing.
Muhyiddin berkata demikian dalam sidang media di bilik operasi RTM di sini, hari ini. – Berita Harian
Kata Hishammudin Rais, akhbar perdana Malaysia harus dibca terbalik. Kenyataan pemimpin juga adakalanya harus ditafsir terbalik juga. Ini kerana kenyataan pemimpin bukan semuanya betul. Ada pemimpin yang membuat kenyataan tanpa perasaan bertanggungjawab. Sama ada pemimpin itu dari parti BN atau PR semuanya sama, mesti diperhalusi sebelum dipercayai. Oleh itu, pertimbangan akal amat dituntut sewaktu membaca kenyataan pemimpin negara.
Contohnya, kenyataan Timbalan Perdana Menteri di atas masih ada ruang boleh dibahaskan. Bukan tidak mempercayai cakap TPM, tetapi kenyataannya kabur dan mengelirukan.
Rakyat bimbang dengan senario politik tanah air, kata TPM. Rakyat yang mana satu? Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai golongan, kaum, keturunan dan ideologi politik. Rakyat Melayu, Cina, atau India yang berasa bimbang? Mustahil seandainya semua 26 juta rakyat Malaysia berasa bimbang. Ramai yang kelihatan gembira tatakala keputusan PRK Permatang Pasir diumumkan. Ini ialah bukti bahawa bukan semua rakyat bersa bimbang sebagaimana kata TPM. Jadi, rakyat yang mana yang bersa bimbang? TPM wajib memberi penjelasan agar rakyat tidak tertanya-tanya.
Rakyat berasa bimbang kerana permainan politik pembangkang yang tidak menguntungkan negara. Permainan politik yang bagaimana yang dikatakan tidak menguntungkan negara, merugikan negara atau menguntungkan negara? Semua pemainan politik Barisan Nasional menguntungkan negara? Manakala semua permainan politik Pakatan Rakyat tidak menguntungkan negara?
Jadi, rakyat Malaysia ini tidak begitu cerdik kerana memenangkan ramai calon parti PR yang permainan politiknya tidak menguntungkan negara dalam PRU Ke-12 yang lalu? Rakyat Kelantan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur suka kepada permainan politik yang tidak menguntungkan negara kerana memilih PR?
Rakyat berasa tidak selamat berada di bawah pentadbiran pembangkang kerana terbukti mereka mengamalkan budaya asing.
Tidak ada mana-mana negara ada negeri di dunia yang ditadbir oleh pembangkang. Semua yang mentadbir negara atau negeri ialah kerajaan. Kerajaan BN mentadbir Malaysia. PR jadi pembangkangnya. Kerajaan PR mentadbir Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. BN pula pembangkang di negeri tersebut. Mana ada pembangkang mentadbir negeri. Jangan main cakap ikut sedap sahaja. Perlembagaan Persekutuan harus dirujuk sekali-sekala. Kalau tidak, bertanyalah kepada Abdul Aziz Bari.
Rakyat tidak selamat. Betul rakyat bersa tidak selamat berada di Kuala Lumpur, bukan kerana budaya asing, tetapi kerana kes jenayah yang semakin meningkat. Ragut sana, samun sini. Penduduk kawasan perumahan terpaksa mengeluarkan duit sendiri bagi mengupah pengawal keselamatan. Adakah kerajaan sedar akan hal ini? Kalau sedar, apakah tindakan yang telah, sedang dan bakal diambil. Polis hanya ada di balai. Di kawasan perumahan mahu tengok batang hidung polis sangatlah sukar. Yang ada hanya muka penyamun dan peragut. Macam mana rakyat akan berasa selamat?
Budaya asing itu budaya yang bagaimana? Membasmi penyelewengan, memberi projek kepada kontraktor yang berhak melalui tender, dan menggunakan duit rakyat secara berhemat ialah budaya asing kerana sebelum ini budaya ini tidak pernah diamalkan?
Pada bulan Ramadan yang mulia ini, harap-harap “budaya makhluk asing” yang melihat semua benda yang kita lakukan betul, manakala semua benda yang dilakukan orang lain salah dihentikan segera kerana inilah budaya yang tidak menguntungkan sesiapa.
Benda yang betul tetap betul, benda yang salah tetap salah tidak mengira kita atau orang lain yang melakukannya.
http://satumalaysia.wordpress.com/

No comments
Post a Comment