MCA Bergelora? BN Menuju Kehancuran! Ayuh Rakyat Kita Lihat!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgX-pswPG9FOYWSgqM1eEucb7zzjecdntwFsVzaMSxT1wVEB-xoSpxgh3XNqNvBh9xrAZpYcjxPB9IU85yW7juOkintJdbk69dYrNIPqzDTNOLimuwzbwdYxwk-JinbK8dQHi0hycDZju0/s400/untitled.bmp


KUALA LUMPUR 26 Ogos –Krisis kepimpinan MCA semakin meruncing apabila Majlis Presiden menerima cadangan Jawatankuasa Disiplin parti untuk memecat keahlian Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkuat kuasa serta merta.

Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, keputusan sukar itu terpaksa dibuat kerana cakera padat digital skandal seks Soi Lek yang tersebar sebelum ini telah merosakkan imej parti.

“Berdasarkan Artikel 127 (A) Soi Lek boleh merayu dalam masa 14 hari. Bagaimanapun, di bawah Artikel 128, sebarang keputusan oleh jawatankuasa pusat atas kesalahan disiplin adalah muktamad,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini, 12.30 pagi (Khamis).

Tee Keat enggan menerima sebarang soalan wartawan. Soi Lek meletakkan semua jawatan dalam kerajaan dan parti pada 2 Januari tahun lalu. Bekas Menteri Kesihatan itu bagaimanapun berjaya memenangi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Oktober lalu.

Terdahulu, Soi Lek ketika ditemui pemberita berkata, beliau tidak terkejut dengan cadangan Jawatankuasa Disiplin parti itu.

Beliau akan mematuhi keputusan Majlis Presiden dan belum memutuskan soal rayuan.

“Mencemarkan imej parti adalah satu jenayah yang serius. Saya bernasib baik mereka tidak mengantung saya sampai mati.

“Jika cadangan itu dipersetujui Majlis Presiden, saya yakin Presiden akan tidur lena malam ini,” katanya. - Utusan

No comments

Powered by Blogger.