Ayuh Kita Sokong Tok GUru Nik Aziz. Beliau Telah Di zalimi!

Tuan Guru Nik Aziz kata:

"tolong merdekakan fikiran kita daripada menjadi pak turut manusia, kepada pak turut nabi muhammad"



dan ini pula kenyataan2 sarjana malaysia berdasarkan kenyataan akhbar perdana.

KUALA LUMPUR: Tokoh agama dan ahli akademik menyifatkan tuduhan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurga sebagai keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama.



Malah, ada yang berpendapat Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrem serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij pada zaman kegemilangan sejarah Islam.


selanjutnya http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/BeritaUtama/20090818234546/Article


PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan diminta meneliti dan memberikan pandangan berhubung kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya Islam yang dibawa Umno tidak membolehkan seseorang masuk syurga.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata majlis itu perlu memberikan pandangan sama ada kenyataan Menteri Besar Kelantan itu bercanggah dengan Islam


selanjutnya http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20090818234633/Article


KUALA LUMPUR 19 Ogos — Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk syurga atau akan ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin.


Beliau berkata, keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu.


selanjutnya http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_41.htm



PUTRAJAYA 18 Ogos - Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama di negara ini diminta mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tersebut wajar dilaksanakan segera kerana ia menyentuh soal hukum agama dan akidah umat Islam.


Selain itu, jelasnya, umat Islam perlu diberikan maklumat yang sahih dan benar agar tidak mudah terkeliru dengan sebarang kenyataan yang dianggap tidak munasabah.


"Saya fikir adalah lebih sesuai dan wajar alim ulama di negara ini meneliti apa yang diungkapkan oleh Nik Abdul Aziz itu.


selanjutnya http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm

No comments

Powered by Blogger.